Tentang DFJJ


Berlandaskan satu tema khusus setiap bulan atau sesi, kini situs ini juga telah menjadi satu medan persahabatan yang utuh. Kata kunci di sini adalah kolaborasi, tiada nilai-nilai komersial atau sebarang aktiviti mencari keuntungan di sini, hanya pengumpulan manusia dan hasil kerja mereka yang ikhlas atas dasar minat dan setiakawan.. Baca lagi.

Tema Bulan Ini


EDISI 30 - WAJAH
Wajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah ... Syarat dan submisi fhoto.


Archive for the 'Poster & Syarat Tema' Category

Edisi 31 - Motif

Maaf, terlalu lama menghilang tanpa tema baru. Harap semuanya sentiasa berdiri teguh bersama Persetankan.com. Kini kami kembali dengan Edisi ke 31 membawa tema “Motif“.

Motif merupakan sesuatu yang berulang-ulang, idea yang menggunakan sesuatu itu berulang-ulang dan dari segi pandangan mata ianya merupakan sesuatu yang tersusun rapi yang membawa suatu ketertiban. Samada dari segi imej, corak ataupun tema, dari suatu pandangan ianya memperlihatkan sesuatu susun atur yang menarik.

Secara ringkasnya, fhoto yang perlu anda submit adalah fhoto yang secara amnya menunjukkan wujudnya corak, susunan yang menarik dan kreatif. Sebagai contohnya poster di atas. Berfikirlah secara kreatif dan kritis serta jangan lupa untuk mematuhi segala syarat-syarat regulasi ya.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “MOTIF”.
3. Tidak memerlukan sebarang caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “MOTIF” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Poster buruk kredit to OB

Edisi 29 - Flora

flora.jpg

Flora merujuk kepada “semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman”, khususnya tumbuhan yang asli. Istilah “flora” berasal daripada bahasa Latin, FLORA, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Keindahan flora ataupun bunga ini memang tak dapat dinafikan dan seringkali dijadikan pemujuk kaum wanita. Dengan keindahan flora itu marilah kita menterjemahkannya kepada Jeritan Jiwa kita semua.

Jadi sila hasilkan fhoto yang sekreatif mungkin bagi menunjukkan anda menghargai keindahan FLORA, jangan submit fhoto-fhoto yang tipikal maksudnya fhoto yang terlalu biasa dari segi angle, perspektif dsb.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Pastikan perkataan “FLORA” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “FLORA” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

p/s - Poster kredit to Baliomega

Edisi 26 - Aku adalah…

edisi-26-3-copy.jpg

Kali ini DFJJ tampil dengan tema yang agak berlainan dengan tema-tema sebelum ini. Edisi yang ke - 26 mempersembahkan tema “Aku adalah…”. Anda perlu menyambung ayat berkenaan contohnya “aku adalah kamen rider” dan semestinya berkaitan dengan fhoto, tidak mahu merepek pusing pusing. “Aku adalah (objek) yang (penjelasan)“, atau dekat seperti itu…

CONTOH (Beck kasi, ini bukan submisi, tapi contoh bagaimana objek dan ayat boleh dikombinasikan, gambar pernah digunakan untuk THEMA CAHAYA…)

contoh.jpg

Mudah bukan?

Tema ini adalah untuk menggambarkan diri anda atauteman-teman anda dengan menggunakan objek di sekekliling. Gunakan objek untuk mendefinisikan diri anda, dan cara anda hidup dan berfikir, tetapi mesti dengan penerangan. Pilih objek atau konsep yang boleh dikaitkan dengan jayanya. Gunalah daya kreativiti kali ini, dan hasilkan sesuatu yang boleh menjana minda sahabat-sahabat lain. Tapi ingat, kualiti fhoto juga perlu dijaga.

SYARAT DAN REGULASI…

  1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
  2. Pastikan perkataan “Aku adalah” ada di dalam fhoto.
  3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
  4. Pastikan gambar anda menepati tema “Aku adalah”.
  5. Fhoto adalah berwarna dan objek mestilah SELAIN MANUSIA/DIRI SENDIRI.
  6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
  7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
  8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
  9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
  10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
  11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
  12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
  13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

**Peringatan : Sila patuhi tema, syarat, dan permintaan admin. Jika tidak boleh, jangan salahkan admin jika submisi anda ditolak/rejek tanpa belas kasihan. Kami tidak pernah meletakkan standard piawaian kualiti hasil kerja, tetapi, silalah patuhi syarat yang mudah, baca regulasi betul betul.

Enjoy…

Edisi 24 - Perspektif

edisi24-copy.jpg

Salam Ramadhan,

Tema 24 kini muncul dengan tema “PERSPEKTIF”. Perspektif bermaksud dari kontek pandangan visual ,ialah bagaimana sesuatu objek itu dilihat atau muncul di pandangan berdasarkan dimensi, kedudukan dan ruang luas kedudukan pandangan mata ke objek tersebut. Yang kita mahu, adalah dari sudut yang lain dari lain. Mungkin pandangan dari mata semut kecil, atau burung helang yang tinggi. Jadi gunakanlah mata dan akal untuk melahirkan idea fotografi yang lain dari yang lain.

- Maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan “PERSPEKTIF” ada di dalam fhoto.
- Pastikan ada “caption” yang menerangkan maksud fhoto anda itu.
- Pastikan gambar anda menepati tema “PERSPEKTIF”.
- Fhoto adalah berwarna atau hitam putih (black & white).
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Edisi 23 - Cahaya

edisi23.jpg

Maaf kerana tema baru kali ini sedikit lewat dari biasa atas sebab-sebab tertentu. Seperti yang dijanjikan edisi ke 23 membawakan tema CAHAYA seperti yang diundi oleh warga DFJJ sebelum ini.

CAHAYA menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.

- Maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan “CAHAYA” ada di dalam fhoto.
- Pastikan ada “caption” yang menerangkan maksud fhoto anda itu.

- Pastikan gambar anda menepati tema “CAHAYA”.
- Fhoto adalah berwarna.
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

SILA BACA REGULASI, TAK BACA REGULASI = TIDAK HORMAT SITUS(DFJJ)!! REJECT!!

Edisi 22 - LimaPuluh

50-official.gif

Pejam celik, tahun ni 31 Ogos 2007 genaplah kita mencapai kemerdekaan ke-50 sempena itu, kami di DFJJ ini meraikan dengan Edisi ke22 yang menampilkan tema “LimaPuluh”. Luahkan perasaan kemerdekaan anda dengan fhoto-fhoto yang mempunyai nilai-nilai kemerdekaan yang selama ini kita perjuangkan.

- Maksimum 3 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan ‘LimaPuluh’ ada di dalam fhoto.
- Pastikan gambar anda menepati tema ‘LimaPuluh’.
- Fhoto adalah berwarna.
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah <400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com.

SILA BACA REGULASI, TAK BACA REGULASI = TIDAK HORMAT SITUS(DFJJ)!! REJECT!!

Kami juga ingin mengumumkan bahawa PERSETANKAN@DFJJ telah berpindah hosting yang ditaja dengan iklah dan jayanya oleh HAPPYPEOPLEMEDIA. Kami amat berbesar hati kerana HAPPYPEOPLEMEDIA sanggup menaja hosting dan harapan kami, dua kumpulan ini boleh bekerjasama dengan cemerlang dalam apa jua projek mendatang di masa hadapan.

happypeople2.gif

Edisi 21 - Urbanisasi

urban1.jpg

Edisi kali ini menampilkan tema Urbanisasi hasil dari undian semua warga DFJJ.

URBANISASI …penekanan kepada pembangunan kota dan metro, dari segi kemanusian, fizikal struktur dan kesan-kesan urbanisasi. penekanan boleh diberikan kepada unsur abstract dalam binaan, perjalanan kehidupan warga kota, dan juga landskap. terpulang kepada kreativiti masing masing…

Jadi gunakan segala idea yang kreatif dan kritis untuk menghasilkan karya-karya yang menarik!!!

Syarat-syarat submisi

- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- pastikan perkataan ‘Urbanisasi’ ada di dalam fhoto
- fhoto adalah berwarna
- pastikan gambar anda menepati tema ‘Urbanisasi’
- pastikan wording anda iaitu selain “Urbanisasi” itu hendaklah sekreatif mungkin dan dapat menjelaskan maksud gambar anda itu yakni puitis.
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

* Caption / wordings dalam setiap gambar haruslah tepat dengan gambaran yang diberi. Sebelum ini pernah di argue kan semakin hilang uummp!!! setiap gamba kerana wordings yang kurang berkesan terhadap gambar. Harap semua pihak dapat amik perhatian.Sekian

EDISI 20 - BABAK

babak.JPG

Edisi kali ini menampilkan tema BABAK. Di dalam setiap fhoto anda sila sertakan satu petikan dialog pendek dari filem² atau drama² pilihan anda. Pastikan dialog tersebut berkait rapat dengan fhoto anda. Fhoto adalah bebas tetapi pastikan ianya berkualiti dan mempunyai nilai² estetika, sentimental mahupun komersial. Seperti biasa, perhati, renung dan amati keadaan di sekeliling anda. Kehidupan seharian yang anda lalui tidak ubah seperti babak² di dalam filem/drama yang pernah anda tonton. Secara tak langsung, anda adalah pelakon ataupun pengarah kepada babak² itu.

Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Gunakan sepenuh kekuatan untuk menolak tempurung lalu keluar dan melompat² kegembiraan kemudian berenang dengan bebas dan jayanya.

Syarat-syarat submisi

- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi petikan dialog pendek dari filem di dalam fhoto (b.melayu/english)
- pastikan perkataan ‘Babak’ ada di dalam fhoto
- sila nyatakan dari filem/drama mana dialog itu dipetik dan bukannya direka.
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

Perhatian! Syarat Submisi

Salam semua,

Kebanyakkan fhoto yang dihantar sudah tidak mematuhi syarat utama submisi iaitu ‘ayat ekspresi dalam fhoto’. Keunikkan DFJJ berbanding portal foto submisi yang lain ialah ‘ayat ekspresi’. Kesilapan kami juga tidak menyedarinya dari awal. Jadi sebelum ia menjadi lebih parah, diminta supaya semua kontributor menghantar fhoto berserta ayat ekspresi sama ada berupa kata-kata indah, pujangga, kenyataan, sindiran, pemberitahuan atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan fhoto anda.

Sekian, terima kasih.

baliomega
admin | ketua operasi DFJJ

Edisi 19 - Vertikal

vertikal1.jpg

Vertikal ialah garis tegak, bersudut hampir 90 darjah. Perhati alam sekeliling anda, banyak garisan tegak yang memenuhi ruang. Contoh seperti KL Tower atau benang yang tergantung. Cari keunikkan disebaliknya dan rakamkan. Pastikan subjek itu betul-betul vertikal.

Biarkan imaginasi anda meliar!

Syarat-syarat submisi

- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi berbentuk teks di dalam fhoto
- pastikan perkataan ‘Vertikal’ ada di dalam fhoto
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

Thema 18 - KANDID

candid.gif

EDISI 18 - CANDID

Salam semua. Terima kasih kepada sahabat sahabat yang telah menghantar karya-karya ikhlas untuk thema lepas. Teruskan menghantar dengan karya-karya yang lebih maju untuk diri sendiri.

Bulan ini, kami ketengahkan pula thema bertajuk KANDID. Dengan lebih menerapkan teknik gambar yang amat bersahaja, santai dan ceria. Walaupun begitu, diharapkan, pengisian fhoto juga tinggi nilainya, bait-bait nilai berkaitan dengan fhoto yang dihasilkan. Diharapkan nilai-nilai tersirat dan kreativiti berjaya diterapkan dalam gambar. Kurangkan pengisian yang terlalu direct dan lebihkan nilai-nilai yang seakan akan puitis dan tersirat. Yang penting, kualiti, bukan kuantiti!!!

Hasilkan kerja-kerja baru dan asli.
Hasil ciplak adalah dilarang dan adalah perbuatan anonymous yang takutkan kemaluannya dipatuk.

Berikut adalah regulasi dan syarat syarat sumbangan…

- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi jiwa dalam bentuk teks di dalam fhoto
- pastikan perkataan ‘kandid’ ada dalam fhoto
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

Jadi, terimalah, Thema 18 - KANDID…

Sambil itu, teruslah menyokong situs ini, dengan mengesyorkan dan mengwarwarkan pada rakan-rakan seblog yang lain, agar bertandang ke sini. Kami tidak mementingkan taraf profesional atau pun amatur. Bukan fhoto tahap dewa, tapi hasil dengan nilai pengertian yang tinggi. Perlukan hati yang ikhlas untuk berkarya dengan niat yang putih.

Susunan baru situs ini akan diperkenalkan dengan secepat mungkin bagi lebih menarik minat rakan-rakan semua lebih dekat kepada DFJJ. Harap-harap ADMIN dapat berusaha dengan lebih gigih lagi. Berikan sokongan kepada beliau.

esok saja…

beckzaidan
Shinigami Representative…

EDISI 17 - USANG

usang1.jpg

EDISI 17 - USANG
Tema kali ini kembali dengan fhoto hitam putih setelah kian lamanya menyepi. Ungkapkan pengertian USANG terhadap anda. Samada yang tersurat atau tersirat mahupun secara langsung. Seperti biasa, gunakan daya imaginasi anda untuk menghasilkan fhoto yang menarik dan unik. Selamat berkarya.

- fhoto hitam putih
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi jiwa dalam bentuk teks didalam fhoto
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel keatas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

EDISI 16 - MERAH

red1.jpg

EDISI 16 - MERAH
Maaf kerana sekali lagi lambat mengeluarkan tema baru. MERAH di sini tidak semestinya mewakili warna. Ianya mungkin dapat digambarkan sebagai sesuatu yang berkait rapat dengan kehidupan, emosi atau apa saja. Terpulang kepada individu untuk mengekspresikan sendiri apa yang tersirat mahupun tersurat disebaliknya. Cuba fikirkan sesuatu yang kreatif, simbolik dan unik. MERAH!

- fhoto berwarna
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi jiwa dalam bentuk teks didalam fhoto
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- fhoto² yang berunsur lucah, ganas atau yang boleh menyinggung
~perasaan individu atau pihak tertentu adalah dilarang
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

EDISI 15 - BEZA

beza.jpg

Edisi 15 - BEZA
Maaf kerna lambat mengeluarkan tema dan flyer baru. Tema BEZA kali ni memang berbeza dari tema-tema yang sebelumnya. Maksud BEZA disini ialah perbezaan antara 2 benda / subjek / situasi. Beza dari segi perbezaan warna, sifat, material, emosi dan sebagainya. Banyak contoh perbezaan dalam kehidupan jika diteliti dan diperhati dengan jiwa yang kudus. Contohnya objek berwarna hitam dan putih didalam 1 fhoto. Tafsiran terserah kepada diri masing-masing. Pastikan ianya kreatif dan unik. Dilarang sama sekali gambar pasangan kekasih. Selamat berkarya!

- fhoto berwarna
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi jiwa dalam bentuk teks didalam fhoto
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

EDISI 14 - SYAWAL

syawal.jpg

Edisi 14 kali ini berkonsepkan e-kad fhoto. Sertakan teks/wordings/ucapan berunsurkan Hari Raya Aidilfitri didalam fhoto anda.

Contoh:
Jauh dimata dihati jangan
Ku serahkan amalanku untuk dihitung
Ayahanda dan bonda, aidilfitri ini ku mohon maaf

- 3 keping fhoto berwarna dan berkualiti. Mesti ada kena mengena dengan wordings dan tema.

- Pastikan fhoto bersaiz 400×300, 300×400, 450×300, 300×450. fhoto yang tidak mengikut saiz dan syarat yang telah ditetapkan tidak akan diterima.

- Jangan edit secara ekstrem menggunakan filter photoshop atau efeks photo software yang lain.

- Sila sertakan email dan url blog/fotopages/myspace/friendster anda.

- E-mailkan karya anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

* Lagi satu aku tambah. Fhoto hendaklah ditangkap hasil usaha sendiri. Sila jujur dalam berkarya. Jangan ambil foto kepunyaan orang lain.

EDISI 13 : SATU!!!

satu300_400.jpg

Persetankan kembali lagi, dengan edisi yang ke 13, SATU!!!

Sempena dengan pelancaran Persetankan.com, dan genapnya umur Persetankan atau Digital Fhoto Jeritan Jiwa 1 tahun, kami melancarkan thema berjudul SATU.

untuk tema ini, bolehlah ditafsirkan apa makna satu itu, sama ada bilangan, umur, keunggulan, taraf, apa apa sahaja yang mengenakan nilai satu. gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan suatu yang lebih baik dan berlainan dari orang lain. silalah, amaze us… maybe lepas ni, kita akan letak section the favourite or most top contributions sebagai menghargai sumbangan yang terbaik setiap thema. amacam?

seperti biasa, peraturan adalah seperti berikut:-

  1. gambar/fhoto, bukan grafik
  2. saiz 400×300, 300×400, 450×300, 300×450
  3. berwarna
  4. seorang contributor boleh menyumbang limit 5 keping hasil karya fhoto
  5. jika rajin, sila letak watermark, supaya gambar tidak dicuri, kerana kami tidak menyokong aktiviti plagiat dan kecurian hak milik.

silalah menyumbang dengan ikhlas. sembang pasal ikhlas, sumbangan hosting dan domain masih lagi dibuka. ini untuk persedian tahun hadapan, dan kemungkinan besar sebagai modal untuk membuat beberapa projek mini persetankan.com. butiran lanjut akan diwar warkan kemudian.

kami juga sedang mencari moderator moderator baru yang sedia menawarkan tenaga kerja dengan ikhlas tanpa apa apa bayaran. sila kemukakan email dan alamat blog anda kepada admin yang sedia ada. tugas tugas yang akan diberikan adalah seperti promosi, dan mengepost hasil gambar sumbangan ahli persetankan.com silalah berkhidmat. kita semakin membesar. kami juga memerlukan content writer, untuk menulis bahan bahan informasi kami. dan juga beberapa graphic  cum web designer yang boleh membantu dalam pengkemaskinian website, bukan hanya setakat graphic, tetapi susun atur site.

dan jika ada sebarang cadangan untuk memantapkan lagi site ini, sila kemukakan. kami amat menghargai pandangan anda.

esok saja…

presiden beckzaidan

EDISI 12 - BEBAS

12.jpg

Flyer oleh Mr. Mummooze.

Edisi 12 - BEBAS

Sempena ulangtahun kemerdekaan ini, tema ‘BEBAS’ dipilih. Apa pengertian ‘bebas’ kepada kita semua? Fikirkan dan selamat berkarya.

\\ Fhoto warna
\\ Maksimum 5 fhoto bagi seorang kontributor
\\ Ekspresi dalam bentuk teks didalam fhoto
\\ Sertakan URL blog, myspace atau friendster
\\ Saiz fhoto 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
\\ E-mailkan karya anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

* Dana belum lagi cukup dan kami masih menerima sumbangan untuk PROJEK PERSETANKAN.COM

EDISI 11 - MALAM

11.jpg

Edisi 11 - MALAM

- fhoto berwarna, outdoor dan menunjukkan keadaan malam
- 3 fhoto bagi seorang kontributor
- ekspresi dalam bentuk teks didalam fhoto
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- e-mailkan ke persetankan.fhoto@gmail.com

EDISI 10 - SAHABAT

sahabat-38.jpg

Tema : SAHABAT

- kembali kepada fhoto berwarna
- 3 fhoto bagi seorang kontributor
- ekspresi jiwa dalam bentuk teks didalam fhoto
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- e-mailkan ke persetankan.fhoto@gmail.com

Flyer oleh Mr. Mummooze. Copyright 2003-2006 image*after and its licencors. Content is copyright-free.

—————————————————————————-

Maaf kerana aku tertinggal 1 lagi rules iaitu setiap fhoto mesti ‘potret/close up’ sahabat korang. Kepada yang dah e-mailkan fhoto, aku mohon maaf.

EDISI 9 - SUNYI

sunyi-1.jpg

GAMBAR PERLULAH DI DALAM BLACK AND WHITE SAHAJA!
Gambar serta luahan terhadap Tema
Fhoto berukuran 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450
Hantarkan karya ke persetankan.fhoto@gmail.com

EDISI 8 - PUITIS

puitis-11.jpg

Digital Fhoto Jeritan Jiwa Edisi 8, ‘PUITIS’

Kondisinya ialah fhoto MESTI dalam bentuk SILUET (silhouette) berserta dengan PUISI yang berkaitan dengan fhoto. Anda boleh mencipta puisi sendiri atau memetik karya puisi orang lain, sila nyatakan sumber anda dan juga tajuk puisi. Suka hati anda mahu puisi SERANGKAP, 2 RANGKAP, 15 JUTA RANGKAP atau SEBARIS.

+ Saiz fhoto sama ada 400 x 300 piksel, 300 x 400 piksel, 450 x 300 piksel atau 300 x 450 piksel.
+ Sentuhan grafik TIDAK MELEBIHI 25% ke atas fhoto.
+ Phonecam dan Webcam fhoto tidak akan diterima.
+ Jumlah penyertaan fhoto terhad kepada TIGA kontribusi sahaja.
+ Tidak terhad kepada mereka yang mempunyai akaun Blogger.
+ Terbuka kepada semua, amatur mahupun pro.

Semua kontribusi e-melkan kepada persetankan.fhoto@gmail.com atau kepada moderator kesukaan anda seperti saya (uh aku perasan). Untuk sesiapa yang tidak tahu bagaimana nak shoot gambar SILUET, kat bawah ni ada penerangan mengenainya. Selamat Kontribut !

puitis-21.jpg

Teknik MenYILUET

Subjek seperti katak, kentang dan adik manis hendaklah berada di depan sumber cahaya. Keadaan yang bagus untuk bereksperimentasi dengan teknik ini ialah pada waktu petang tatkala matahari terbenam. Itu bagi mendapatkan sumber cahaya semulajadi, kalau mahu gunakan sumber cahaya artifisial seperti lampu jalan, pelita gasolin dan spotlight pun boleh. Asalkan ada sumber cahaya dari belakang subjek.

Jika menggunakan Digital SLR
Pastikan ‘aperture’ disetkan kepada ‘f8 dan ke atas’ dan juga setkan ‘EV’ kepada negatif.

Jika menggunakan Digital Camera
Jangan guna flash, pilih mod ‘Landscape’, setkan ‘EV’ kepada negatif dan shoot subjek, lihat hasil, kalau tak puas hati cuba lagi sampai berjaya.

EDISI 7 - LAGU

lagu-10.jpg

KONDISI
size DOES matter

400×300pxl :: 300×400pxl :: 450×300pxl :: 300×450pxl
sentuhan grafik TIDAK MELEBIHI 25% ke atas fhoto
Sebaris ayat pada fhoto sebagai eskpresi diri terhadap tema
– untuk tema kali ni, sila gunakan salah satu baris lirik lagu pilihan anda
Tidak terhad kepada yang mempunyai akaun blogger
Terbuka kepada semua, amatur mahupun pro
Jumlah penyertaan fhoto terhad kepada TIGA kontribusi sahaja
PERTANYAAN & KONTRIBUSI
bali_omega@yahoo.com
downrage@yahoo.com
auxiora.nemesis@gmail.com
suessysseus@gmail.com
duckkecik@yahoo.com
farlaneamrul@yahoo.com
tak mungkin seorang pun dalam komuniti ini yang tidak mengaitkan hidupnya dengan lagu. rata² tagline yang dipilih untuk mengekspresikan fhoto adalah petikan sebaris lirik dari sebuah lagu.
maka tema bulan ini adalah lebih fokus terhadap itu. tidaklah semestinya fhoto tersebut adalah instrumen muzik/ konsert/ poster/ artis.
fhoto itu adalah tentang kamu dan apakah lirik yang sesuai untuk menceritakannya.
cuma perlu satu baris sahaja. tidak perlu serangkap atau lirik penuh.
hanya sebaris lirik di atas fhoto.
tajuk lagu dan artis boleh disertakan kepada admin/ moderator
dan akan ditulis di bawah fhoto tersebut.

EDISI 6 - CINTA

cinta-18.jpg

Maaf kerana lambat. Tema CINTA untuk bulan Febuari 2006.Dan maaf kerana tulisan dalam flyer (flyer oleh Jasmine) ini terlalu kecil.Sila emailkan karya anda kepada:-

auxiora.nemesis@gmail.com
hujanacid@hotmail.com
bali_omega@yahoo.com
downrage@yahoo.com
nizam.nuri@gmail.com

anda juga boleh emailkan kepada moderator yang lain juga.

EDISI 5 - HIJAU

hijau-43.gif

Maaf kami terlambat launch tema baru, DIGITAL FHOTO kembali dengan tema baru yang lebih mencabar iaitu ‘HIJAU’. Fhoto yang diambil mesti menumpukan kaler hijau sebagai subject matter, tak kira sama ada seluar sotong hijau, pokok keladi bunting, kodok berwarna hijau, orang hijau (toyol), yang penting kaler hijau lebih terserlah dari kaler-kaler yang lain dalam fhoto.

Syarat kontribusi masih sama, 400×300 atau 300×400 piksel, 1 fhoto bagi setiap kontributor dan pastikan fhoto kamu mempunyai initial atau trademark untuk mengelakkan berlaku plagiarisme fhoto oleh manusia yang tidak beretika.

* tema hijau dipilih sebab teruja tengok kaler hijau kat page ni, kaler hijau juga menyihatkan mata, maka mari kontribut gambar berelemenkan hijau untuk kesihatan mata. signing off, green PEACE!

EDISI 4 - RESOLUSI

resolusi-33.gif

ok… sila contribute sekarang.. tapi tuan yang buat flyers ni ada buat silap sikit, kali ni, kami minta 2 keping utk setiap kontributor… 2 keping, dgn dua ekspresi ttg resolusi yang berbeza…

p/s:- sila jangan ambil gambar stock ye, sila gunakan gambar yang diambil guna kudrat sendiri…

p/s 2:- aku dapat tahu ada manusia dalam dunia ni menggunakan gambar-gambar kat sini dan claim gambar tu diaorang yg amik, banyak sgt aku jumpa dalam myspace and all… so aku cadangkan, setiap submission korang, sila letakkan initials, atau trademark korang di bucu bawah kanan… untuk mengelakkan parasit plagiat yg haram durja… ada cadangan lain?

EDISI 3 - EID

eid-13.gif

ok ok… sorry sebab lambat launched the next theme. tapi semua ni berbaloi. kali ni kita nak kasi mencabar sikit. so ada beberapa rules tambahan untuk theme kali ni.

macam biasa, 400×300piksel, tiada graphic tambahan selain text yg guna font ikut suka hati korang. cuma kali ni, kita nak kasik cabaran bagi korang, black and white photo. ada faham? dalam bahasa melayunya, gambar hitam putih…

kenapa?

sebab selalunya orang associatekan raya dengan warna-warni dan kemeriahan. so kami kasi cabaran sikit, nak korang capture a picture, yang menunjukkan warna-warni kemeriahan menyambut dan di dalam bulan syawal ini, tapi dalam black and white…

try tengok… macam biasa, leh contribute pada admin dan akan aku intro kan sorang lagi admin namanya ijad… :p

esok saja… eh silap, bukan blog aku ni… :p

EDISI 2 - MUBARAQ

mubaraq-24.gif

OK… contribusi untuk tema baru untuk bulan ini adalah digalakkan… terutama sekali daripada yang telah mengkontribute untuk tema sebelumnya…

syarat masih diutamakan, kontribusi yang tidak mengikut syarat dan tidak berkenaan dengan tema akan direject dan diminta untuk dibuat semula sebab pihak pengurusan mahukan semuanya yang teringin kontribut, boleh berbuat demikian. cuma perlu mengikut budi bicara pihak pengurusan…

kepada sesiapa yang berminat, sila kontribut kan penyertaaan anda kepada projek kolaborasi ini sebleum minggu ketiga Ramadhan, kerana minggu keempat Ramadhan, akan ditukarkan kepada tema yang berkaitan dengan Aidilfitri…

jadi kontributelah dengan sewenang-wenangnya… hantarkan kepada alamat alamat emel di atas dengan tajuk MUBARAQ…

p/s:- email hujanacid@hotmail.com itu tidak dijamin, kerana ownernye sedikit sibuk…

sekian…

EDISI 1 - RAHSIA

sekali lagi, aku post syarat-syarat projek… seriously, kami tak minta banyak utk isu first nie…

rahsia-17.gif

mintak maaf kepada Nizam (O) dan Hairi kerana tidak dapat memaparkan gambar kamu dalam blog ini kerana tidak memenuhi spesifikasi kami. Kami menghargai usaha kamu dan kami berharap kamu akan menghantar lagi fhoto kepada kami mengikut syarat-syarat yang diberikan. bagi mereka yang ingin membuat banyak fhoto kerana banyak idea saya mencadangkan agar diletakkan di dalam website kamu dan kami akan link website tersebut di dalam blog ini dan hanya memaparkan satu sahaja fhoto yang kamu sendiri pilih ke dalam blog ini. GO!!!!