Tentang DFJJ


Berlandaskan satu tema khusus setiap bulan atau sesi, kini situs ini juga telah menjadi satu medan persahabatan yang utuh. Kata kunci di sini adalah kolaborasi, tiada nilai-nilai komersial atau sebarang aktiviti mencari keuntungan di sini, hanya pengumpulan manusia dan hasil kerja mereka yang ikhlas atas dasar minat dan setiakawan.. Baca lagi.

Tema Bulan Ini


EDISI 30 - WAJAH
Wajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah ... Syarat dan submisi fhoto.


Archive for the '31 Motif' Category

motif:artsy fartsy ceria

by aini jasmin ghazalli

Motif : Bokeh

by Atiqah Rahman Wyllie

Motif: Cahaya Gelas Siling

contributor: IKIM

Motif: Refleksi Sarang Tebuan Kaca

contributor: IKIM

motif : gudang


by : kareem

Motif:Kabel

by Fuzzniq

Motif : Berbaris

by Chot

Motif : Kembali

by Aini Jasmin Ghazalli

Ketamronan

by Faris Zainal

Motif : Kata

by Syafira

Kepensilan

by Sejuk

Teguh

by Fendy Fazeli

Warna Kehidupan

by Muralli

Motif Buatan

by Mohd Hilmi Atudisma

Elektronika

by encikmasen

Motif : warna tropika

by Fatini Z

Edisi 31 - Motif

Maaf, terlalu lama menghilang tanpa tema baru. Harap semuanya sentiasa berdiri teguh bersama Persetankan.com. Kini kami kembali dengan Edisi ke 31 membawa tema “Motif“.

Motif merupakan sesuatu yang berulang-ulang, idea yang menggunakan sesuatu itu berulang-ulang dan dari segi pandangan mata ianya merupakan sesuatu yang tersusun rapi yang membawa suatu ketertiban. Samada dari segi imej, corak ataupun tema, dari suatu pandangan ianya memperlihatkan sesuatu susun atur yang menarik.

Secara ringkasnya, fhoto yang perlu anda submit adalah fhoto yang secara amnya menunjukkan wujudnya corak, susunan yang menarik dan kreatif. Sebagai contohnya poster di atas. Berfikirlah secara kreatif dan kritis serta jangan lupa untuk mematuhi segala syarat-syarat regulasi ya.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “MOTIF”.
3. Tidak memerlukan sebarang caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “MOTIF” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Poster buruk kredit to OB