Tentang DFJJ


Berlandaskan satu tema khusus setiap bulan atau sesi, kini situs ini juga telah menjadi satu medan persahabatan yang utuh. Kata kunci di sini adalah kolaborasi, tiada nilai-nilai komersial atau sebarang aktiviti mencari keuntungan di sini, hanya pengumpulan manusia dan hasil kerja mereka yang ikhlas atas dasar minat dan setiakawan.. Baca lagi.

Tema Bulan Ini


EDISI 30 - WAJAH
Wajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah ... Syarat dan submisi fhoto.


Archive for the 'Berita Terkini' Category

Edisi 31 - Motif

Maaf, terlalu lama menghilang tanpa tema baru. Harap semuanya sentiasa berdiri teguh bersama Persetankan.com. Kini kami kembali dengan Edisi ke 31 membawa tema “Motif“.

Motif merupakan sesuatu yang berulang-ulang, idea yang menggunakan sesuatu itu berulang-ulang dan dari segi pandangan mata ianya merupakan sesuatu yang tersusun rapi yang membawa suatu ketertiban. Samada dari segi imej, corak ataupun tema, dari suatu pandangan ianya memperlihatkan sesuatu susun atur yang menarik.

Secara ringkasnya, fhoto yang perlu anda submit adalah fhoto yang secara amnya menunjukkan wujudnya corak, susunan yang menarik dan kreatif. Sebagai contohnya poster di atas. Berfikirlah secara kreatif dan kritis serta jangan lupa untuk mematuhi segala syarat-syarat regulasi ya.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “MOTIF”.
3. Tidak memerlukan sebarang caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “MOTIF” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Poster buruk kredit to OB

Edisi 29 - Flora

flora.jpg

Flora merujuk kepada “semua tumbuhan yang hidup di dalam sesuatu kawasan atau zaman”, khususnya tumbuhan yang asli. Istilah “flora” berasal daripada bahasa Latin, FLORA, yang merupakan dewi untuk bunga dalam mitologi Rom. Istilah padanan untuk haiwan ialah fauna. Keindahan flora ataupun bunga ini memang tak dapat dinafikan dan seringkali dijadikan pemujuk kaum wanita. Dengan keindahan flora itu marilah kita menterjemahkannya kepada Jeritan Jiwa kita semua.

Jadi sila hasilkan fhoto yang sekreatif mungkin bagi menunjukkan anda menghargai keindahan FLORA, jangan submit fhoto-fhoto yang tipikal maksudnya fhoto yang terlalu biasa dari segi angle, perspektif dsb.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Pastikan perkataan “FLORA” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “FLORA” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

p/s - Poster kredit to Baliomega

Edisi 28 - Hawa

hawa.jpg
Poster by Baliomega

Adam diberi tempat oleh Allah di surga dan baginya diciptakan HAWA untuk mendampingi, menjadi teman hidup, menghilangkan rasa kesepian, dan melengkapi fitrahnya untuk menghasilkan keturunan. Menurut cerita para ulama, HAWA diciptakan oleh Allah dari salah satu tulang rusuk Adam sebelah kiri sewaktu beliau masih tidur sehingga saat beliau terjaga, Hawa sudah berada di sampingnya.

HAWA secara amnya merujuk kepada wanita, perempuan pasangan hidup lelaki. Kaum yang penuh dengan sopan santun dan lemah lembutnya. Tema kali ini memilih HAWA, suatu ciptaan indah Allah(Tuhan) sebagai penghargaan sumbangannya dalam hidup para lelaki ataupun kaum ADAM. Jadi sila hasilkan fhoto yang sekreatif mungkin bagi menunjukkan penghargaan anda, jangan submit fhot-fhoto yang tipikal maksudnya fhoto yang terlalu biasa dari segi angle, perspektif dsb.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Pastikan perkataan “HAWA” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “HAWA”.
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Edisi 27 - Baru

new.jpg

Selamat menyambut Tahun Baru 2008 dan tahun Hijrah 1429, maafkan kelewatan tema untuk kali ini. Tema kali ini bartajuk “Baru” yang bermaksud sebuah permulaan yang baru, satu matlamat yang bakal merubah masa depan. Baru ini bermaksud sesuatu perkara yang sebelum ini tidak pernah kita lakukan dan ianya menuju ke arah kebaikkan kami harap.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak semestinya perkataan “Baru” disertakan di dalam fhoto.
3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
4. Pastikan gambar anda menepati tema Baru”.
5. Fhoto adalah berwarna atau hitam/putih (BNW).
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Kali ini tema sedikit mengelirukan diharap apa-apa yang tidak paham boleh hubungi saya ym : edt83

Pengumuman.

DFJJ a.k.a Persetankan akan hiatus dari Khamis minggu lepas sehingga Khamis minggu ini dan semua submisi bagi tema “Aku adalah … ” akan dipost selepas hari Khamis atas sebab-sebab tertentu. Harap maklum dan teruskan menghantar submisi anda. Sekian terima kasih.

omarbahrin | DFJJ Admin

Edisi 26 - Aku adalah…

edisi-26-3-copy.jpg

Kali ini DFJJ tampil dengan tema yang agak berlainan dengan tema-tema sebelum ini. Edisi yang ke - 26 mempersembahkan tema “Aku adalah…”. Anda perlu menyambung ayat berkenaan contohnya “aku adalah kamen rider” dan semestinya berkaitan dengan fhoto, tidak mahu merepek pusing pusing. “Aku adalah (objek) yang (penjelasan)“, atau dekat seperti itu…

CONTOH (Beck kasi, ini bukan submisi, tapi contoh bagaimana objek dan ayat boleh dikombinasikan, gambar pernah digunakan untuk THEMA CAHAYA…)

contoh.jpg

Mudah bukan?

Tema ini adalah untuk menggambarkan diri anda atauteman-teman anda dengan menggunakan objek di sekekliling. Gunakan objek untuk mendefinisikan diri anda, dan cara anda hidup dan berfikir, tetapi mesti dengan penerangan. Pilih objek atau konsep yang boleh dikaitkan dengan jayanya. Gunalah daya kreativiti kali ini, dan hasilkan sesuatu yang boleh menjana minda sahabat-sahabat lain. Tapi ingat, kualiti fhoto juga perlu dijaga.

SYARAT DAN REGULASI…

  1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
  2. Pastikan perkataan “Aku adalah” ada di dalam fhoto.
  3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
  4. Pastikan gambar anda menepati tema “Aku adalah”.
  5. Fhoto adalah berwarna dan objek mestilah SELAIN MANUSIA/DIRI SENDIRI.
  6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
  7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
  8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
  9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
  10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
  11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
  12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
  13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

**Peringatan : Sila patuhi tema, syarat, dan permintaan admin. Jika tidak boleh, jangan salahkan admin jika submisi anda ditolak/rejek tanpa belas kasihan. Kami tidak pernah meletakkan standard piawaian kualiti hasil kerja, tetapi, silalah patuhi syarat yang mudah, baca regulasi betul betul.

Enjoy…

Edisi 25 - Senyum

edisi-25.jpg

Senyum ialah ekspressi muka yang dilakukan hasil dari otot-otot senyum dimuka.Senyum bagi manusia adalah suatu ekspressi kegembiraan, kesenangan dan terhibur. bagi haiwan pula, senyuman adalah suatu reaksi muka, yang digunakan untuk mengugut atau satu amaran. Jadi gunakan kreativiti anda, wujudkan suatu fhoto potret yang mengekspressikan senyuman di setiap fhoto. Juga disertai caption-caption yang menarik dan menakjubkan. Setiap submisi dengan caption yang simple akan diminta untuk submit sekali lagi dengan caption yang menarek

- Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan “SENYUM” ada di dalam fhoto.
- Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
- Pastikan gambar anda menepati tema “SENYUM”.
- Fhoto adalah berwarna atau hitam putih (black & white).
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Imbasan Meet Up DFJJ 20102007

dfjj-meetup.jpg

Sabtu, 20 Okt 2007, KLCC
- Sekumpulan manusia dahaga kasih sayang mengekspresikan diri, pendapat dan perasaan melalui medium yang mudah dan satu iaitu fhoto. Gelora jeritan jiwa yang memberontak, melahirkan kolaborasi fhoto yang agung ini…dan pada sabtu yang lepas kumpulan manusia ini diketuai oleh Manusia Prahistorik Digital, Beck mengadakan satu perjumpaan.

Meet Up kali ini sungguh meriah walaupon hari itu cuaca dikasari dengan hujan yang turun sepoi-sepoi bahasa. Antara yang hadir pada hari kejadian ialah Beck, Nizamnuri, Ainijasmine, Suessy, Mummoze, Bali, Jarri, Takky, Hellmy, Bella, IcedNyior, Sashi, ikmalibrahim, f’iz, judo dan aku sendiri. Aku tiba lewat di meet point itu kerana beberapa masalah teknikal harap maaf kepada yang menunggu aku begitu lama. Sessi mengisi perut bertempat di Signatures - foodcourt di KLCC dan kemudian acara rasmi DFJJ iaitu aktiviti fhotografi bebas. Oleh kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, perbincangan tentang dimana aktiviti rasmi ini akan mengambil tempat kerana sessi fhotografi di dalam KLCC adalah dilarang.

Akhirnya persetujuan diambil dan kami menuju ke KL Convention Centre kerana di situ merupakan kawasan teduh yang boleh berfhotografi. Kemudian setelah hujan reda sedikit kami bergerak ke taman KLCC yang berhampiran. Tetapi malangnya bateri kamera aku abes ketika mahu keluar ke kawasan taman.So, next time ramai2 lagi menghadirkan diri ok!!!

Dari Lensa OmarBahrin
dfjj-meet1.jpgdfjj-meet2.jpgdfjj-meet3.jpgdfjj-meet4.jpgdfjj-meet5.jpgdfjj-meet6.jpgdfjj-meet7.jpgdfjj-meet8.jpgdfjj-meet9.jpgdfjj-meet10.jpgdfjj-meet11.jpgdfjj-meet12.jpgdfjj-meet14.jpgdfjj-meet15.jpgdfjj-meet16.jpg

Perjumpaan Digital Fhoto Jeritan Jiwa

Dukacita dimaklumkan, perjumpaan Aidilfitri yang akan diadakan di rumah Aini Jasmine telahpun dibatalkan.

Akan tetapi, sidang redaksi Digital Fhoto Jeritan Jiwa telah menggantikan perjumpaan Aidilfitri itu dengan satu perjumpaan yang lain. Sukacita dimaklumkan, perjumpaan yang bakal berlangsung pada tempat, tarikh dan waktu seperti maklumat yang dinyatakan dibawah:-

Tempat Berjumpa : Pintu Masuk KLCC berdekatan DOME.
Tarikh : 20 Oktober 2007 (Sabtu)
Waktu : Lunch Hour, dari 12.30 keatas.

Diharap, bagi yang tidak mempunyai apa-apa arah melintang mahupun menegak, dapatlah kiranya menghadirkan diri untuk kita saling lebih kenal-mengenali. Semoga perjumpaan ini dapat merapatkan lagi ukhwah antara sahabat jaringan ini.

Sekian, terima kasih.

Jamuan Hari Raya Persetankan.com

Ini adalah satu cadangan atau idea yang aku dapat ketika aku melopong tadi.

Apa kata korang kalau aku ada cadangan untuk membuat jamuan hari raya atau rumah terbuka Persetankan?

Memandangkan kita sudah lama tidak ketemu dan berjumpa di luar, adalah baiknya kita ambil kesempatan cuti perayaan kali ini untuk melakukan sesuatu bersama. Venue yang dipilih adalah rumah AINIJASMINE di Serdang. Senang untuk menyediakan makanan dan tempat untuk semua. Kita mahu buat supaya istimewa sikit, jadi kita kenakan dengan thema raya. Jadi semua diminta berpakain raya, lelaki dengan baju melayu bersampin dan songkok, dan wanita semestinya berbaju kurung (untuk menarik perhatian presiden, sila pakai baju kurung kebaya pendek atau moden).

Amacam setakat ini idea aku?

Aku sambung lagi, kita buat acara ini di sebelah malam? Rumah MIN berdekatan dengan stesen komuter, jadi mereka yang berpublik transport, bolehlah diangkut dari stesen komuter. Oh satu lagi, sesapa yang berminat, aku minta supaya hulurkan sikit duit untuk kos makanan dan persediaan dan mungkin, selebihnya, kita kasik duit raya kepada keluarga MIN la sebagai sumbangan ikhlas membiarkan kita menggunakan rumah dia untuk acara tersebut. RM15-20 seorang amacam? Sekali sekala je.

So setakat ni sapa yang setuju. Aku perlu respond dari semua. Serious perkara ni. Kalau tak, kami akan buat jumpa-jumpa biasa je, dan aku yakin tak seseronok idea ini…

Amacam. Respon cepat, aku nak tengok sapa boleh hadir. Lagi ramai lagi bagus.
Cadangannya kita buat 19hb atau 20hb. Malam…

Kenapa aku perlu lekas? sebab aku selepas rabu minggu depan, akan terputus hubungan dengan dunia internet. so better make it quick.

Tapi boleh diskuss lagi kat sini.

Silakan diskuss…

Tema Baru & T-shirt

cahaya.jpg

assalammualaikum dan salam sejahtera…

Semua warga persetankan tertanya-tanya bilakah agaknya tema baru akan keluar. Sebenarnya kami sengaja memberikan peluang kepada sesiapa yang ingin menghantar gambar perarakan, ataupun sambutan malam merdeka. Namum tema baru kami akan release pada minggu depan bertajuk “Cahaya” yang mendapat tempat kedua dalam undian yang pernah kami lakukan. Pemberitahuan ini adalah untuk warga persetankan boleh bersiap sedia dengan bahan-bahan menarek untuk tema kali ini.

CAHAYA menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.

Di samping itu, saya dan pihak pengurusan meminta maaf kepada sesiapa yang hadir di KLCC pada sabtu lepas, secara tak langsung Meet Up yang dirancang dibatalkan kerana ramai tidak dapat hadir dan mengenai T-Shirt, kini telah menjalani proses cut n print. Kepada mereka yang ingin baju mereka dipos sila sertakan wang (RM5) utk proses pos. Kami akan pos baju anda menggunakan pos ekspress dengan bantuan cik catzer. Untuk yang lebih dari satu kami akan menggunakan khidmat parcel iaitu bungkusan untuk 2 helai RM8 dan utk pertambahan seterusnya sila tambah RM2 setiap helai.

T-Shirt Updates!!!

Wahai warga persetankan, dan khas buat mereka yang berjaya menempah baju,

Yo…sorry atas beberapa masalah teknikal, so kesimpulannya ini ialah size-size baju yang ada berserta ukuran dadanya (dalam inci) : -

S = 38 inci (ukur keliling)
M = 40 inci (ukur keliling)
L = 42 inci (ukur keliling)
XL = 44 inci (ukur keliling)
XXL = 46 Inci (ukur keliling)
XXXL = 48 Inci (ukur keliling)

Details yang lain akan di hantar ke email peribadi anda dan diharap anda respon secepat mungkin dengan memasukkan duit ke akaun yang bakal saya emailkan. Secepat mungkin bagi melancarkan mengejar tarikh Meet Up kita pada sabtu ini iaitu pada hari ini (30/8/2007) sekurang-kurang nya sebelum pukul 12 tghari. Diharap dapat melancarkan lagi perjalanan t shirt kita ini.

DFJJ Admin | edt83

TSHIRT: SOLD OUT…!!!

Selamat semua,

aku nak maklumkan kat sini, TSHIR PERSETANKAN EDISI PERTAMA, sudah habis ditempah. Bagi mereka yang berjaya memeiliki sekeping dari edisi ini, aku ucapkan tahniah dan sila teruskan dengan proses membank in duit secepat mungkin kerana tshirt akan mula dicetak dlm sehari dua dan dijangka siap dalam hujung minggu ini. Kalau sempat siap, mereka yang berada di Kuala Lumpur, bolehlah datang mengambil tshirt yg telah dibayar dan siap ini, waktu perjumpaan kecil Persetankan.com nanti.

Perkara : Makan tengah hari Persetankan.
Tarikh: 1 September 2007 (SABTU)
Tempat: Akan diberitahu kelak!
Yuran: Makan dan minum tanggung sendiri. Seperti biasa.

(sebarang permintaan untuk disponsor, akan ditampar laju laju, kerana ini bukan budaya PERSETANKAN.com, harap maklum)

so pepaham la. yg mana kami contact melalui email tu, itu tandanya tempahan anda diterima. so perhatikan email anda dalam sehari dua ini. bagi mereka yang berada di luar kawasan Kuala Lumpur, harap menambah sikit duit untuk kos pos. ini juga tiada sponsorship. SPONSORSHIP bukan budaya persetankan.com. Bagi mereka yang berada di Penang, Tshirt anda boleh dikutip dengan berjumpa dengan aku. Masa akan aku tetap kemudian.

Sekian. Terima kasih sekali lagi kepada mereka yang bijak memutuskan untuk memiliki secebis kenangan Persetankan.com. Yang lain, kalau nasib baik korang, 6 bulan lagi, kuar la design baru… kalau tak, nasib le… ahahhaha…

Esok saja…

Beckzaidan“

Penambahan Info

Buat masa sekarang ni ada masalah tentang saiz baju, semua tertanya-tanya tentang saiz sebenar. T shirt ni menggunakan saiz US dimana lebih besar dari saiz local, seperti saiz S = saiz M local.

S = M Local
M = L Local
L = XL Local
XL = XXL Local

walaubagaimanapun kami sedang mendapatkan ukuran sebenar saiz-saiz untuk kepastian setiap pihak, InsyaAllah…perkara ini akan selesai secepat mungkin dan kita akan dapat T Shirt ini pada sabtu ini. Segala kesulitan, didahului dengan ribuan ampun dan maaf. Sekian

DFJJ Admin | edt83

Tempahan T-Shirt DFJJ@Persetankan

Limited Edition 25pcs/design

Selamat menyambut bulan kemerdekaan kepada semua warga Persetankan. Projek T-Shirt persetankan telah berjalan secara rahsia beberapa hari lepas dan inilah antara hasil awal nya. Terdapat 2 design untuk permulaan ini dimana anda boleh membeli/menempah kedua-dua design. T-shirt ini terdapat dalam pelbagai saiz S M L XL XXL XXXL dan harga untuk sehelai T-Shirt adalah RM28(tak kira saiz) berpadanan dengan kualiti baju itu. Kami menunggu sehingga mendapat bayaran tempahan 20 helai/design dan kami akan teruskan dengan proses printing.

Kami akan membuka tempahan sehingga mencapai 20 helai untuk setiap design kemudian barulah anda diminta untuk meng’bank’ in / membayar harga T-Shirt ini. Sila emailkan detail anda ke edtz83@gmail.com dengan ‘Subject’ DFJJ:T-Shirt. Kemudian tgglkan komen disini supaya mudah dikira. Sekian.

Contoh :-

Nama :edt83
Nama Sebenar :omar
Emel :edtz83@gmail.com
No. H/p :012-XXXXXXXX
Design : A atau B
Harga :
Saiz : S / M / L / XL / XXL / XXXL

dfjj-tee1-sold-tn.jpg
Design A KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

dfjj-tee2tn.jpg
Design B KLIK UNTUK PAPARAN LEBIH BESAR

mari mari tempah. Updated!! baju lengan panjang hanya perlu tambah RM3 = RM31 dan saiz S juga ada. Sila tempah secara pukal, gerenti cepat boleh dapat.

p/s - Design baju ilham Mumooze

RALAT…

aku nak minta maaf terlebih dahulu.

kepada mereka yang membuat submisi menggunakan email SUBMISI@PERSETANKAN.COM, sila buat sekali lagi submisi tersebut melalui email direct kami, persetankan.fhoto@gmail.com ….

rupanya terdapat masalah dengan server redirect email kami. ini semua berlaku akibat perpindahan server yang dilakukan baru baru ini. kami baru sedar masalah ini setelah mengetahui ramai yang menghantar submisi, tetapi masih tidak di post.

harap maklum. kekalutan amat dikesali.

sekali lagi, please submit guna persetankan.fhoto@gmail.com

esok saja…

kuli persetankan.com

Rumpun 2007

poster.png

Buat julung-julung kalinya, perjumpaan ataupun Gathering Blogger-Blogger Malaya (berblog dalam bahasa melayu) diadakan atas anjuran HappyPeople Media dengan kerjasama Advertlets iaitu Rumpun 2007. Marilah beramai-ramai menghadirkan diri ke peristiwa bersejarah ini, dan daftarkan diri anda di sini.

Satu Teguran Manja…

setelah hampir berlalunya thema URBANISASI ini, kedengaran beberapa aduan halus telah sampai ke telinga aku. ramai yang tidak berpuas hati tentang kualiti submisi kali ini. katanya, ramai yang tidak faham erti sebenar URBANISASI, erti esebenar thema dan ramai juga yang tidak puas hati submisi yang dihantar seperti tidak diusahakan dengan baik, hanya kerja lepas tangan.

bagi aku, rasa nya ramai yang tidak faham apa itu URBANISASI atau thema thema sebelumnya. sepatutnya, dalam abad teknologi ini, kita patut buat sedikit kajian atau research latarbelakang setiap thema. pikirkan dgn lebih mendalam subjeck tersebut. buat carian di google untuk FOTO URBANISASI atau dalam bahasa inggerisnya URBANIZATION PHOTO. pasti akan dijumpai photo yang menarik yang boleh dijadikan panduan (bukan plagiat) tetapi salah satu sumber inspirasi.

kebalakangan ni, byk yang menghantar karya karya hentam keromoh asal ada lepas. taknak la mcm ni sahabat sekalian, usaha sedikit. kreatif sikit. jgn kluar kamera snap, letak caption, submit. berikan fikiran dan kritik idea sendiri sebelum execute. kita mahu hasil submisi yang berkualiti dari berkuantiti. biar hantar sekeping gambar, tapi hasilnya mendatangkan kesan seperti 40 keping gambar.

sepatutnya, kita patut jadi pengkritik kita yg paling kuat. sebelum hantar, kita patut pikir dulu, adakah penerimaan org lain sama dgn kita. kita patut hantar submissi yang orang lain boleh relate, sekali tgk faham dan boleh difikirkan. itu maknanya photography. kalau letak tersirat, atau tidak jelas, baik kita baca puisi, sajak mahupun karya sastera lain…

nanti sure ada org ckp, seni itu pelbagai, tapi ini photography. semua photography ada subjek, ada objek dan ada maksud.

so harap lepas ni, semua mestilah berfikir dan berkarya mengikut idea yang diperah kuat, dari menghantar karya sambil lewa seperti melepas batuk di tangga. ini semua untuk menjamin tarikan orang lain kepada situs ini.

bagi tuan tuan punya photo, jika terdapat kritikan pada photo anda, sila balas dan berbincang, jgn seperti tidak puas hati kerana dikomen. jika tidak tahan komen, jgn hantar. kita nak memajukan diri, bukan untuk menjahanamkan diri korang semua. satu lagi, jika niat untuk letak gambar di sini adalah untuk promote diri dan bakat sendiri tanpa membantu kontributor lain dalam mencapai matlamat yang sama, aku rasa sila ubah pendirian.

kita patut maju bersama. bukan hanya menghantar gambar, kemudian tinggal dan mengharap gambar kita dikomen. sila buka perbincangan di setiap kawasan komen untuk mendapat lebih info, belajar dan dengar pendapat orang lain.

semua teguran ini adalah untuk memajukan situs dan juga diri anda.

sekian…

Undi Sekarang, Untuk Thema Bulan Julai!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera…

sahabat sahabat DFJJ@PERSETANKAN sekalian. menjelang bulan Julai 07, administratif team baru akan mula bertugas dan diharap akan berjalan dengan lancar. jadi untuk memulakan langkah kanan untuk team baru ini, kami ingin memperkenalkan satu konsep baru untuk situs ini. ini akan melibatkan sahabat sahabat semua dalam menentukan thema setiap bulan untuk DFJJ@PERSETANKAN.

Thema dalam senarai adalah…

1. CAHAYA

- menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.

2. URBANISASI

- penekanan kepada pembangunan kota dan metro, dari segi kemanusian, fizikal struktur dan kesan-kesan urbanisasi. penekanan boleh diberikan kepada unsur abstract dalam binaan, perjalanan kehidupan warga kota, dan juga landskap. terpulang kepada kreativiti masing masing…

3. SENYUM

- thema paling mudah, potret form, manusia, dengan senyum senyum yang menarik hingga membuatkan pemerhati fhoto juga tersenyum. penekanan di sini perlu diberikan kepada fhoto fhoto yang subjeknya adalah tidak dikenali (bukan tidak menerima fhoto awek atau boyfren senyum, tetapi tidak digalakkan), orang asing, yang tidak dikenali, senyum secara kandid. perluaskan skop…

4. HAWA

- thema yang kemungkinan akan mendatangkan kontroversi dan kontribusi yang paling banyak. mahu melihat hawa dari pandangan sahabat sahabat semua, dari peranan kehidupan, kepada modal insan, kepada hawa hawa yang membawa cahaya kepada hidup kita (sekali lagi gambar gf tidak digalakkan).

5. FLORA & FAUNA


- salah satu subjek mudah yang kita masih belum ambil kisah, sedangkan kepentingan nya adalah penting kepada dunia ini. hantarkan kontribusi yang berupa menarik dan lain daripada yang lain, daripada shot makro bunga, kepada potrait fauna yang mudah dilihat. (tidak digalakkan memburu di afrika untuk mengambil gambar).

ini adalah thema thema yang boleh anda vote utk thema bulan July. lakukan pengundian anda di POLL yang akan dibangunkan nanti di sidebar situs ini. (ketika ini, admin sedang bertungkus lumus menyiapkan poll). undi dengan bijak. pilihan terbanyak akan dijadikan thema bulan Julai, manakala 2 yang tertinggi selepasnya akan dimasukkan dlm poll undian untuk thema bulan September.

esok saja…
OTAI…

SAHUT CABARAN DFJJ@PERSETANKAN!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera…

Memandangkan DFJJ@PERSETANKAN.COM tergendala untuk beberapa minggu, beberapa isu isu lama telah bangkit menyentuh keberkesanan pihak administrator yang dikepalai oleh aku dalam mengendalikan semua urusan berkenaan situs ini.

Daripada hal hal berkaitan posting kontribusi, terima dan tolak kontribusi, pengeluaran thema baru, sikap-sikap laidback admin dan lain lain lagi, pendek kata yang buruk di mata sesetengah pihak. Semua serba tak kena, semua ada cacat cela, yang mana kami malah aku tidak boleh puaskan hati semua orang walau aku mempunyai kuasa superhero seperti Spiderman dan Bali secantik Jessica Alba sekalipun, masih tak pernah betul. Nak gelak ketawa kat shoutbox pun tak boleh.

Jadi dengan ini, aku selaku kepala kepada pihak administrator ini, ingin mengambil kesempatan untuk berundur secara tidak langsung dari situs ini, untuk mengambil fasa rehat dan menguruskan hal hal peribadi. Bali juga bersetuju dalam hal ini, jadi aku dan Bali akan berehat untuk 3-4 bulan.

Memandangkan sayangnnya kami pada situs ini, dan juga mengambil kira beberapa pihak yang amat bersemangat tentang situs ini, jadi kami ingin melantik beberapa muka muka admin dan penyelaras baru untuk menguruskan hal hal perjalanan situs ini dari semua segi. Ini adalah untuk memberi nafas baru kepada DFJJ@PERSETANKAN.COM dan memberikan peluang kepada mereka mereka yang berfikiran lantang dan mempunyai perasaan dan pengetahuan bahawa mereka boleh lakukan yang lebih baik dari kami sekarang, malahan terbaik untuk situs ini.

Jadi, kepada mereka mereka yang mempunyai minat dan semangat untuk melakukan tugas tugas ini, dan membuktikan kepada kami bahawa kamu lebih baik dari kami dalam menguruskan DFJJ@PERSETANKAN.COM, silalah mencadangkan diri kamu di bahagian komen dengan butir nama, dan alamat email. kami akan menghidupkan akses akaun anda ke dashboard situs ini untuk anda teruskan tugas seterusnya. Kami tidak akan memberikan sebarang latihan kepada anda yang berminat, anda kena belajar dari ZERO seperti kami waktu mula mula dulu, barulah nampak dedikasi anda kepada situs.

Anda bolehlah membuat perubahan sekerap mungkin, memantau dan melancarkan situs ini semahu dan seikut kebolehan anda. Mahu mengangkat situs DFJJ@PERSETANKAN.COM ke peringkat GLOBAL? Silakan, kami menerimanya dengan tangan terbuka. Itu satu perubahan yang baik. Kenapa mahu ditolak.

Jadi marilah sahut cabaran DFJJ@PERSETANKAN.COM ini, mana tahu, kalau urusan berjalan dengan lancar dan situs menjadi semakin hebat, aku secara peribadi akan menyerahkan situs ini kepada kumpulan administrator baru, bersama dengan admin lama seperti Bali, Mummooze, dan Edt83.

Mari, sahutlah cabaran.
Sertakan nama login anda, dan email utama anda untuk dihubungi.

DFJJ@PERSETANKAN.COM KE ARAH GLOBALISASI

beckzaidan

p/s: memandangkan kami dah jadi org biasa, kami pulak akan memerhatikan kerja korang dan mengkritik segala yang tak kena. aku suka mengkritik kritik ni. so dengan ini, kita saling belajar antara satu sama lain. amacam? mari la!

Santai’s Report

21 April 2007, Sabtu - Seperti yang dijanjikan sessi ramah mesra dan kenal-kenalan diantara satu sama lain telah dijalankan bertempat di KLCC. Antara yang hadir Mummoze, Suessy, Jasmine, Ariff, Jarri, wunk, Ikmal Ibrahim, Surie, Mr.Takky dan tak lupe orang kuat DFJJ incik Bali Omega. Setelah menunggu kedatangan ahli-ahli yang nampaknye tidak kelihatan kami pon bergerak dari entrance KLCC yang berhadapan air pancut menuju ke tempat makanan. Suessy mencadangkan Burger King di Avenue K..kalau tak silap aa…sebenarnye ketika ini kami menunggu kedatangan Bali dan mr.Takky dan dalam beberapa minit kemudian mereka tiba secara berasingan..hehe..Kemudian tiba acara wajib..iaitu makan..semua memesan makanan dan mengisi perut mereka dgn sopan dan tertib. Ketika ini juga secara tak rasminya berlangsung aa sessi berkenalan secara tak rasminya.

Setelah selesai makan minum ala kadar, kami mengambil keputusan untuk keluar untuk menghirup udara segar di taman KLCC. Kemudian sessi kedua berlaku di taman KLCC, kata alu-aluan dari cik Jasmine dan amanat dari Presiden DFJJ incik Beck yang gagal untuk menghadirkan diri. Sessi fotografi turut berlaku secara tak langsungnya, tatkala sessi survey untuk mengetahui bagaimana mereka dapat tahu mengenai DFJJ. Beberapa minit kemudian hujan mula turun seperti yang diramalkan, maka sessi bersambung pula di food court KLCC. Sessi di foodcourt bermula dengan sumbangan dan cadangan untuk memantapkan lagi DFJJ. Tidak lupa juga sessi brainstorming untuk thema yang akan datang. Dimana beberapa thema telah di cadangkan dan di bincangkan. Kira-kira pukul 5 petang sessi berakhir dan semua bergerak ke destinasi masing-masing.

Secara keseluruhannya, sessi kali ini mencapai matlamatnya iaitu untuk mengeratkan hubungan disamping menjana networking baru yang mempunyai minat yang sama terhadap Fhoto.Sekian.

edt83
DFJJ BOARD

Click on image to enlarge…

Dari lensa edt83

dscn5480.JPGdscn5481.JPGdscn5486.JPGdscn5489.JPGdscn5490.JPGdscn5491.JPGdscn5494.JPGdscn5495.JPGdscn5496.JPGdscn5497.JPGdscn5498.JPGdscn5501.JPGdscn5505.JPGdscn5507.JPGdscn5508.JPGdscn5509.JPGdscn5510.JPGdscn5514.JPGdscn5515.JPGdscn5516.JPGdscn5521.JPG
dscn5502.JPGdscn5511.JPGdscn5488.JPGdscn5504.JPG

Dari lensa Ikmal

p1010671.jpgp1010672.jpgp1010682.jpgpict0514.jpgp1010685.jpgp1010708.jpgp1010709.jpgp1010711.jpgp1010727.jpgp1010670.jpg

Dari lensa Suessy

dsc05037.jpgdsc05038.jpgdsc05039.jpgdsc05040.jpgdsc05041.jpgdsc05047.jpgdsc05048.jpgdsc05049.jpg


Dari lensa Wunk

p1070071.JPGp1070072.JPGp1070075.JPGp1070077.JPGp1070078.JPGp1070080.JPGp1070085.JPGp1070090.JPGp1070095.JPGp1070096.JPGp1070097.JPGp1070098.JPGp1070101.JPGp1070105.JPGp1070106.JPGp1070107.JPGp1070108.JPGp1070111.JPGp1070112.JPGp1070117.JPGp1070118.JPGp1070129.JPGp1070131.JPG

SANTAI : Updated

banner.jpg

A’kum dan salam sejahtera kepada semua. Seperti yang anda sedia maklum, acara SANTAI akan berlangsung Sabtu ini. Tiada perubahan tarikh atau tempat di sini. Panggilan terakhir kepada mereka yang ingin hadir, sila reply email yang telah dihantar kepada anda. Cik Jasmine sebagai organizer ingin memastikan berapa ramai yang ingin menghadirkan diri. Ajak le friends and foes, saudara mara, boyfriend and girlfriend atau sesiapa saja yang anda rasakan berminat untuk memeriah dan meramaikan lagi warga DFJJ ini. Sila berkumpul di pintu masuk utama depan air pancut Suria KLCC pada 12 tengahari. Kalau boleh, kita luncheon beramai² dulu kemudian baru teruskan dengan acara² yang lain. Jangan lupa bawa kamera anda untuk sessi fhotografi.

Untuk pertanyaan, info dan reference pada hari tersebut, sila hubungi individu² berikut:

Jasmine | 012 907 2507
Baliomega | 017 625 0310
Edt @ Omar | 012 388 7646
Mummooze | 012 214 1498

Sekian, harap maklum.

Mummooze
DFJJ Board

Perhatian! Syarat Submisi

Salam semua,

Kebanyakkan fhoto yang dihantar sudah tidak mematuhi syarat utama submisi iaitu ‘ayat ekspresi dalam fhoto’. Keunikkan DFJJ berbanding portal foto submisi yang lain ialah ‘ayat ekspresi’. Kesilapan kami juga tidak menyedarinya dari awal. Jadi sebelum ia menjadi lebih parah, diminta supaya semua kontributor menghantar fhoto berserta ayat ekspresi sama ada berupa kata-kata indah, pujangga, kenyataan, sindiran, pemberitahuan atau apa saja yang boleh dikaitkan dengan fhoto anda.

Sekian, terima kasih.

baliomega
admin | ketua operasi DFJJ

Pasal gath

banner.jpg

assalamualaikum dan salam sejahtera!! situs digital fhoto jeritan jiwa sekali lagi akan mengadakan perkumpulan terbuka. berikut adalah butir-butir yang perlu kamu semua catat. catat la dalam diari, dalam PDA, dalam henfon, dalam minda. heheh

TARIKH : 21 APRIL 2007
TEMPAT : KLCC
BERKUMPUL DI : pintu masuk ke arah taman
WAKTU : 12 tengah hari
LAIN-LAIN : POTLUCK - maknanya, bawak laa kudapan atau ape2 makanan ringan.

ape ape nanti saya akan tambah dan update sebab mungkin akan ada beberapa masalah yang harapnya masalah yang tak besar.. rasional KLCC dipilih sebagai tempat perkumpulan ialah, kemudahan. pada asalnya nak buat BBQ di rumah saya, di serdang, tapi sebab sukar untuk sebilangan ahli untuk ke sana, kensel la kan. then ada cadangan nak buat kat taman tasik, tapi cuaca malaysia sekarang sangat tak menentu. saya dan otai-otai yang lain telah berbincang, KLCC jugak mudah dan selamat untuk dikunjungi. segala feed back amat saya harapkan. nantikan berita2 terkini ok?

jasmine a.k.a youth of today

Persetankan di dada akhbar!

akhbar_mahasiswa_small.jpg
* Klik imej di atas untuk paparan lebih besar.

Terima kasih kepada pihak akhbar Mahasiswa kerana menulis mengenai komuniti Persetankan. Dengan tersebarnya berita ini diharap lebih ramai akan menyertai kami. Majulah Persetankan untuk Masyarakat Fhoto!

Petikan dari akhbar,
“Persetankan.com dibangunkan oleh sekumpulan anak muda universiti (ramai sudah bergraduat) yang menggemari fotografi independen. Dicetuskan oleh seorang blogger, nizam nuri, laman ini menghimpunkan aneka ragam foto sebagai persembahan kreatif, ekspresi diri dan perhimpunan komuniti.”

“Karya mereka sungguh kreatif, imaginatif, kadangkala begitu emosional. anda dapat menyelami jiwa anak muda jika menatap karya mereka!”

di petik daripada Ainijasmineghazalli blogs’

Salam

Informasi ini ditujukan kepada semua warga persetankan dan para pengunjung. Halaman Wall of Fame telah digantikan dengan Stats. Dimana terdapat statistik untuk ‘10 Most Commented Post’, ‘10 Highest Rated Post’ dan ‘10 Most Rated Post’. Mohon maaf kerna lambap update. Masih banyak yang perlu diperbaiki disini.

Selamat mengharungi 2007!

orang kanan DFJJ,

Izwan

Selamat Menyambut Aidilfitri…

dengan bahawasanya, saya selaku wakil kepada team http://www.persetankan.com/, ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI, kepada semua sahabat-sahabat dan pemerhati PERSETANKAN.

kami juga di sini ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf atas sebarang kesilapan, terkasar bahasa, atau sebarang tindakan kami yang menyinggun perasaan dan membawa kepada kurang kesenangan kepada sahabat-sahabat semua. di harap, aidilfitri kali ini, membawa tali perikatan silaturrahim yang lebih harum dan utuh di kalangan kita.

kepada mereka yang memandu pulang ke kampung, diharap boleh berhati hati ketika di jalanraya. dan kepada mereka yang terpaksa bertugas, harap bawak bersabar, kerana ada rahmat di sebalik kesusahan anda (DOUBLE PAY, hehehe!).

dan kepada sahabat sahabat yang bermjinat untuk berkunjung ke rumah rumah rakan persetankan bolehlah berbuat demikian. sila minta nombor contact sahabat dan berhubunglah untuk menetapkan masa yang bersesuaian. untuk mereka yang berada di sebelah utara, bolehlah berkunjung ke rumah ibu ku di alor setar. aku akan berada di sana. no tel aku, 016-434 1044. calling la. ahahah…

sekali lagi,
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

presiden
beckzaidan

Perjumpaan PERSETANKAN.COM… Verse 1

08b.jpg

Tarikh : 10 September 2006
Masa : 12.00 tengahhari
Lokasi : Taman KLCC

Seperti yang semua sedia maklum, PERSETANKAN.COM telah mengadakan perjumpaan bersama rakan rakan semua di KLCC pada hari ahad yang lepas. perjumpaan ini adalah untuk menyahut seruan kerajaan dalam kempen “SATU BLOG, SATU KOMUNITI” ahahaha!!! terima kasih di ucapkan kepada semua yang hadir. ini merupakan perjumpaan yang ketiga untuk tahun ini, menyusul selepas perjumpaan pertama di KLCC pada awal Januari, dan perjumpaan kedua di Pusat Rekreasi Air Putrajaya pada April.

Mereka yang hadir adalah (mengikut urutan siapa hadir dahulu) EDT83, alongarief, beck dan dhilla, mommoze dan suessy, gyhan dan rakan, surie dan maz, nizamnuri dan farah, arief, bali, sashi dan wann, akak pnut dan najmi(anak), dan yang terkahir sampai iaitu aini jasmine di akhir acara. dida juga sampai, tetapi tidak sempat bertemu dengan yang lain.

acara dimulakan dengan menunggu ahli ahli tiba. kemudian berangkat ke park mencari tempat teduh. tikar dihampar dan acara makan pun bermula. sumbangan makanan kali ini amat best, ada pizza, ada puding(yang rasa mcm aiskrim), ada kek(yg tak sempat dimakan), ada nugget, dan juga ada angin. mereka makan dengan best sekali, dan puding kak pnut sedap dimakan jika berlapikkan kotak domino pizza dan sudu kertas. sedap!!! nyum nyum!!!

kemudian, seperti biasa, kami mula menjalankan aktiviti mengambil gambar di sekitar taman KLCC itu. najmi nampak seronok dan mula membuli nizamnuri. yang lain seperti malu malu. nasihat aku, selalu buka mulut dan berkenal kenal dgn yg lain, mulakan melalui situs dan kemudian YM, kemudian, di luar seharusnya tidak akan berasa kekok pun.

kami kemudiannya bergerak ke dalam KLCC untuk minum dan sedikit diskusi. berdiskusi tentang .com, kakitangan yang tidak mencukupi, future plannings, dan sebagainya. bersurai pada 530petang. dida lambat sampai.

all and all, the gathering was fun. paling banyak attendance kali ini, lebih 19 orang. ahli ahli lain harap acara yang dibuat lain kali lebih organize dan teratur. tapi we’re not trying to be other clubs or something. we dont have acara mcm sukan mini, or others. we just like to sit, eat, talk and snaps… tapi maybe akan dipertimbangkan.

cadangan untuk future gath adalah pada Krismas, BBQ di rumah ainijasmine di serdang… amacam???

berikut adalah gambar yang berjaya dikumpulkan…

{macam biasa, click utk dapatkan gambar yang besar}

KOLEKSI KAK PNUT
01.jpg02.jpg03.jpg04.jpg05.jpg06.jpg07.jpg08.jpg08b.jpg09.jpg10.jpg

KOLEKSI ALONGARIEF
011.jpg021.jpg031.jpg041.jpg

KOLEKSI GYHAN
cimg15591.jpgcimg15631.jpgcimg15681.jpgcimg15831.jpgcimg15851.jpgcimg15861.jpgcimg15871.jpg

KOLEKSI BALI
bali-makan01.jpgbali-makan02.jpgbali-makan03.jpgbali-makan04.jpgbali-makan07.jpgbali-taman02.jpgbali-taman03.jpgbali-taman06.jpgbali-taman07.jpgbali-taman09.jpgbali-klcc01.jpgbali-klcc02.jpgbali-klcc03.jpgbali-makan05.jpgbali-makan06.jpgbali-taman01.jpgbali-taman04.jpgbali-taman05.jpgbali-taman08.jpg

KOLEKSI MUSASHI
012.jpg022.jpg032.jpg042.jpg051.jpg061.jpg071.jpg081.jpg091.jpg101.jpg11.jpg12.jpg13.jpg14.jpg15.jpg16.jpg17.jpg

KOLEKSI nizam.nuri (ini guna kamera lomo jenis fish eye)
scan10015.jpgscan10019.jpgscan10027.jpgscan10029.jpgscan10031.jpgscan10026.jpgscan10038.jpgscan10039.jpgscan10020.jpgscan10021.jpgscan10022.jpgscan10023.jpgscan10025.jpgscan10028.jpgscan10030.jpgscan10032.jpgscan10033.jpgscan10034.jpgscan10035.jpgscan10036.jpgscan10037.jpgscan10009.jpgscan10017.jpg

nantikan kemunculan verse 2. thema baru akan menyusul selepas ini… nantikan dengan sabar…

esok saja…

Picnic At The Park!!!

gath00.gif

Wahai semua warga PERSETANKAN, seperti yang diuar-uarkan sebelum ini, kami akan mengadakan gathering kali ke-3 pada hari Ahad ini (10hb September) di KLCC Park, bermula jam 12 tengahari. Kita akan berpiknik dan sila bawa makanan mengikut keikhlasan dan kemampuan. Bawa perut sahaja pun tidak mengapa (seperti aku dan beck).

Untuk memudahkan perkumpulan, sila tunggu depan pintu KLCC Park yang menghadap pancutan air berirama. Nampak manusia berwajah cool, itulah kami haha. Jika was-was atau malu nak tegur, call nombor ni :

Beck ( 016 - 4341 044 )
Bali ( 017 - 6250 310 )
Nizam Nuri ( 012 - 6415 748 )

Khabarkan kepada yang lain, hebahkan perkhabaran ini ke seluruh Malaya. Jangan lupa ajak awek, jiran tetangga, rakan opis dan sedara-mara ye.

* Maaf kerna lambat tulis pengumuman ini. Peace!