Lagi Babak oleh AM
[ratings]
Berlandaskan satu tema khusus setiap bulan atau sesi, kini situs ini juga telah menjadi satu medan persahabatan yang utuh. Kata kunci di sini adalah kolaborasi, tiada nilai-nilai komersial atau sebarang aktiviti mencari keuntungan di sini, hanya pengumpulan manusia dan hasil kerja mereka yang ikhlas atas dasar minat dan setiakawan.. Baca lagi.
EDISI 30 - WAJAH
Wajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah ...
Syarat dan submisi fhoto.
Edisi kali ini menampilkan tema BABAK. Di dalam setiap fhoto anda sila sertakan satu petikan dialog pendek dari filem² atau drama² pilihan anda. Pastikan dialog tersebut berkait rapat dengan fhoto anda. Fhoto adalah bebas tetapi pastikan ianya berkualiti dan mempunyai nilai² estetika, sentimental mahupun komersial. Seperti biasa, perhati, renung dan amati keadaan di sekeliling anda. Kehidupan seharian yang anda lalui tidak ubah seperti babak² di dalam filem/drama yang pernah anda tonton. Secara tak langsung, anda adalah pelakon ataupun pengarah kepada babak² itu.
Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Gunakan sepenuh kekuatan untuk menolak tempurung lalu keluar dan melompat² kegembiraan kemudian berenang dengan bebas dan jayanya.
Syarat-syarat submisi
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi petikan dialog pendek dari filem di dalam fhoto (b.melayu/english)
- pastikan perkataan ‘Babak’ ada di dalam fhoto
- sila nyatakan dari filem/drama mana dialog itu dipetik dan bukannya direka.
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

A’kum dan salam sejahtera kepada semua. Seperti yang anda sedia maklum, acara SANTAI akan berlangsung Sabtu ini. Tiada perubahan tarikh atau tempat di sini. Panggilan terakhir kepada mereka yang ingin hadir, sila reply email yang telah dihantar kepada anda. Cik Jasmine sebagai organizer ingin memastikan berapa ramai yang ingin menghadirkan diri. Ajak le friends and foes, saudara mara, boyfriend and girlfriend atau sesiapa saja yang anda rasakan berminat untuk memeriah dan meramaikan lagi warga DFJJ ini. Sila berkumpul di pintu masuk utama depan air pancut Suria KLCC pada 12 tengahari. Kalau boleh, kita luncheon beramai² dulu kemudian baru teruskan dengan acara² yang lain. Jangan lupa bawa kamera anda untuk sessi fhotografi.
Untuk pertanyaan, info dan reference pada hari tersebut, sila hubungi individu² berikut:
Jasmine | 012 907 2507
Baliomega | 017 625 0310
Edt @ Omar | 012 388 7646
Mummooze | 012 214 1498
Sekian, harap maklum.
Mummooze
DFJJ Board

Vertikal ialah garis tegak, bersudut hampir 90 darjah. Perhati alam sekeliling anda, banyak garisan tegak yang memenuhi ruang. Contoh seperti KL Tower atau benang yang tergantung. Cari keunikkan disebaliknya dan rakamkan. Pastikan subjek itu betul-betul vertikal.
Biarkan imaginasi anda meliar!
Syarat-syarat submisi
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi berbentuk teks di dalam fhoto
- pastikan perkataan ‘Vertikal’ ada di dalam fhoto
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com
***DIPADAM, tidak merangkumi thema KANDID…
Kandid kedua Mohd Ismail
***DIPADAM, tidak merangkumi thema KANDID…
Kandid pertama Mohd Ismail

Kandid oleh Paan754
[ratings]