Edisi 31 - Motif

Maaf, terlalu lama menghilang tanpa tema baru. Harap semuanya sentiasa berdiri teguh bersama Persetankan.com. Kini kami kembali dengan Edisi ke 31 membawa tema “Motif“.

Motif merupakan sesuatu yang berulang-ulang, idea yang menggunakan sesuatu itu berulang-ulang dan dari segi pandangan mata ianya merupakan sesuatu yang tersusun rapi yang membawa suatu ketertiban. Samada dari segi imej, corak ataupun tema, dari suatu pandangan ianya memperlihatkan sesuatu susun atur yang menarik.

Secara ringkasnya, fhoto yang perlu anda submit adalah fhoto yang secara amnya menunjukkan wujudnya corak, susunan yang menarik dan kreatif. Sebagai contohnya poster di atas. Berfikirlah secara kreatif dan kritis serta jangan lupa untuk mematuhi segala syarat-syarat regulasi ya.

SYARAT DAN REGULASI…

1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “MOTIF”.
3. Tidak memerlukan sebarang caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “MOTIF” .
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

Poster buruk kredit to OB

5 Responses to “Edisi 31 - Motif”


  1. Gravatar Icon 1 jarri

    eh. tukar poster?

  2. Gravatar Icon 2 ikmal ibrahim

    huyo…lawa la poster ni…

    *tepuk, tepuk, tepuk*

  3. Gravatar Icon 3 mmuurrllyy

    menarik..1st time masuk nie..
    kena try…tunggu gambar ku :-p

  4. Gravatar Icon 4 split.second

    mmg menarik..
    1st time jugak masuk sini..
    new ideas and new thinking…

    err..camana nak post psl motif nih..n ada closing date ke?

  5. Gravatar Icon 5 split.second

    sori..lupe letak url..

Leave a Reply