Edisi 26 - Aku adalah…

edisi-26-3-copy.jpg

Kali ini DFJJ tampil dengan tema yang agak berlainan dengan tema-tema sebelum ini. Edisi yang ke - 26 mempersembahkan tema “Aku adalah…”. Anda perlu menyambung ayat berkenaan contohnya “aku adalah kamen rider” dan semestinya berkaitan dengan fhoto, tidak mahu merepek pusing pusing. “Aku adalah (objek) yang (penjelasan)“, atau dekat seperti itu…

CONTOH (Beck kasi, ini bukan submisi, tapi contoh bagaimana objek dan ayat boleh dikombinasikan, gambar pernah digunakan untuk THEMA CAHAYA…)

contoh.jpg

Mudah bukan?

Tema ini adalah untuk menggambarkan diri anda atauteman-teman anda dengan menggunakan objek di sekekliling. Gunakan objek untuk mendefinisikan diri anda, dan cara anda hidup dan berfikir, tetapi mesti dengan penerangan. Pilih objek atau konsep yang boleh dikaitkan dengan jayanya. Gunalah daya kreativiti kali ini, dan hasilkan sesuatu yang boleh menjana minda sahabat-sahabat lain. Tapi ingat, kualiti fhoto juga perlu dijaga.

SYARAT DAN REGULASI…

  1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
  2. Pastikan perkataan “Aku adalah” ada di dalam fhoto.
  3. Pastikan ada “caption” yang menunjukkan@mengekspressikan jeritan jiwa fhoto anda itu .
  4. Pastikan gambar anda menepati tema “Aku adalah”.
  5. Fhoto adalah berwarna dan objek mestilah SELAIN MANUSIA/DIRI SENDIRI.
  6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism. Rujukan boleh, cedok tak boleh.
  7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi” anda yang bersesuaian dengan fhoto.
  8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
  9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
  10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
  11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
  12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
  13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

**Peringatan : Sila patuhi tema, syarat, dan permintaan admin. Jika tidak boleh, jangan salahkan admin jika submisi anda ditolak/rejek tanpa belas kasihan. Kami tidak pernah meletakkan standard piawaian kualiti hasil kerja, tetapi, silalah patuhi syarat yang mudah, baca regulasi betul betul.

Enjoy…

10 Responses to “Edisi 26 - Aku adalah…”


  1. Gravatar Icon 1 icednyior

    theme kali ini seems quite interesting. Looking forward to the submissions :)

  2. Gravatar Icon 2 beckzaidan

    oh ye. sorri pada manusia yg ada dlm poster kali ni. tak minta kebenaran dulu. sorri juga kepada jarri kerana aku single dia sorang je yg tak bertutup mata, sebab placing dia dlm gambar, buatkan dia yang terpilih. tidak ada sebab sebab lain. thanx semua…

  3. Gravatar Icon 3 omarbahrin

    hahah ya betul ..poster kali ini oleh bebeck ek…harap maklum.. :P

  4. Gravatar Icon 4 penkek

    dah masuk tema ke-26 dah yer..huhu~

  5. Gravatar Icon 5 omarbahrin

    huhu… panjang lebar ek penjelasan..wakakak…

  6. Gravatar Icon 6 zuriaf

    aku macam berminat nak join..tapi tak pandai dalam foto editing ni..hahaha..jadi aku layan jelah gambar² yang ade kat sini ye…

  7. Gravatar Icon 7 jarri

    owh. aku rasa macam superstar lah.

  8. Gravatar Icon 8 mrtakky

    menarik dowh
    tapi bleh submit ke x
    bz manjang
    huhuh

    nice theme bro

  9. Gravatar Icon 9 fadhilmohd

    woit jarri..mane pic yg ko submit..

  1. 1   Persetankan Edisi 26: Aku Adalah… by Manusia Prahistorik Digital…

Leave a Reply