Jamuan Hari Raya Persetankan.com

Ini adalah satu cadangan atau idea yang aku dapat ketika aku melopong tadi.

Apa kata korang kalau aku ada cadangan untuk membuat jamuan hari raya atau rumah terbuka Persetankan?

Memandangkan kita sudah lama tidak ketemu dan berjumpa di luar, adalah baiknya kita ambil kesempatan cuti perayaan kali ini untuk melakukan sesuatu bersama. Venue yang dipilih adalah rumah AINIJASMINE di Serdang. Senang untuk menyediakan makanan dan tempat untuk semua. Kita mahu buat supaya istimewa sikit, jadi kita kenakan dengan thema raya. Jadi semua diminta berpakain raya, lelaki dengan baju melayu bersampin dan songkok, dan wanita semestinya berbaju kurung (untuk menarik perhatian presiden, sila pakai baju kurung kebaya pendek atau moden).

Amacam setakat ini idea aku?

Aku sambung lagi, kita buat acara ini di sebelah malam? Rumah MIN berdekatan dengan stesen komuter, jadi mereka yang berpublik transport, bolehlah diangkut dari stesen komuter. Oh satu lagi, sesapa yang berminat, aku minta supaya hulurkan sikit duit untuk kos makanan dan persediaan dan mungkin, selebihnya, kita kasik duit raya kepada keluarga MIN la sebagai sumbangan ikhlas membiarkan kita menggunakan rumah dia untuk acara tersebut. RM15-20 seorang amacam? Sekali sekala je.

So setakat ni sapa yang setuju. Aku perlu respond dari semua. Serious perkara ni. Kalau tak, kami akan buat jumpa-jumpa biasa je, dan aku yakin tak seseronok idea ini…

Amacam. Respon cepat, aku nak tengok sapa boleh hadir. Lagi ramai lagi bagus.
Cadangannya kita buat 19hb atau 20hb. Malam…

Kenapa aku perlu lekas? sebab aku selepas rabu minggu depan, akan terputus hubungan dengan dunia internet. so better make it quick.

Tapi boleh diskuss lagi kat sini.

Silakan diskuss…

32 Responses to “Jamuan Hari Raya Persetankan.com”


  1. Gravatar Icon 1 suerie

    setuju sgt! vote 19hb sbb 20hb mebi away gi johor.. but still, aku x kesah kalo ramai vote 20hb.. truskan aja bergumbira di hari raya.. oh yeah! *peace*

  2. Gravatar Icon 2 chot

    aku cuma tggu je ni…

  3. Gravatar Icon 3 sisterofheaven

    macam ok je..
    hee XD

    makan camne nie?
    aku xpaham..
    duit kumpul tue nk beli makanan ke?
    camne..

    sori, aku tgh pening nie..
    (Sakit pale.. :( )

  4. Gravatar Icon 4 fendyzaidan

    duit tu, sapa yg gik, kita kutip la. nak masak nak kena beli bahan semua, kena pakai duit. paham?

    so min ckp, kita leh beli barang semua, dan dia leh masak. lepas tu ada duit lebih sikit, leh la kasik duit raya kat mak min, sbb tolong kita masak. kalau tak, kita suh ikmal je masak…

    amacam?

  5. Gravatar Icon 5 jasmine

    aku on je. ahhahah pastikan yang lelaki jadik extra kacak.

  6. Gravatar Icon 6 Wunk

    Owh, cambest jerk makan-makan sambil beramas-mesre di hari raye. Tapi rasanya x balek KL lagi kot tarikh 2, coz setat keje 1 Nov 07. Balek awal2 KL nanti takot melopong jerk kt umah sowang2. Huhuhu!!!

  7. Gravatar Icon 7 omarbahrin

    aku on…aku balik awal aa mcm tuh..ahahah…cuti smpi 21 weh…wat 20 hb aa…:P

  8. Gravatar Icon 8 jiwasintetik

    layankan ajer… Aku sokong kita import encik ikmal menjadi tukang masak.

  9. Gravatar Icon 9 mrtakky

    aku on jugak
    asalkan weekend
    weekend kah?malas nak check klendar

  10. Gravatar Icon 10 Ikmal Ibrahim

    aku?? kenapa aku?? aku saaaangat setuju kalau nak buat kat rumah min…dekat dengan rumah aku…tapi aku kuraaaaaaang setuju dengan idea aku masak…sebab aku bukan pandai masak pun…aku bukan tukang masak melayu yang hebat….huhuhu~

    tapi apa-apa hal pun…aku sokong untuk menyambut aidilfitri bersama-sama rakan persetankan di rumah min…

    sekian…salam aidilfitri…

  11. Gravatar Icon 11 kucai

    aku dah menjumpai seorang yang kretip.. peh.. kagum aku kagum

  12. Gravatar Icon 12 jarri

    aku sokong.
    aku raya ketiga pun dah balik bangi dah. so, setakat ni takde masalah la nak join.

    lagi, aku sokong jugak ikmal tolong masak. apa guna kita ada ikmal tapi tak boleh nak merasa air tangan dia. lagi pun seingat aku masa gath kat KLCC aritu, dah ada cadangan untuk ikmal masak waktu gath yang akan datang.

    hurm.

  13. Gravatar Icon 13 suerie

    bwat 19hb la.. 19hb 19hb 19hb
    dan aku gak sokong ikmal masak.. ekekekek
    tp btul kate ko, ko mmg bkn tukang masak mskn melayu yg terer.. ko terer masak italian jegh kn.. bleghhh hebat!

  14. Gravatar Icon 14 hellmy

    ya…ya..sapa sapa masak pon bleh gak…tapi kalau..

    BECK YANG MASAK?!!!! AKU SETUJU SANGAT!!!

  15. Gravatar Icon 15 admin

    19hb & 20hb aku outstation. sori la kekawan. sila buat haribulan lain. aku kuat makan.

  16. Gravatar Icon 16 Fahmishah

    hhhoho ..aku sure mmg xleh pg sebab malam..kena jaga kampung..

  17. Gravatar Icon 17 omarbahrin

    so spe yg setuju sila tgglkan nama disini. Samong list ini.

    1.omarbahrin
    2.jasmine
    3.beck
    4.jiwasintetik
    5. mummoze
    6. Takky
    7. Jarri
    8. ….

  18. Gravatar Icon 18 Ikmal Ibrahim

    so…sape yang setuju dan mahu menghadirkan diri sila tgglkan nama disini. Sambung list ini.

    1.omarbahrin
    2.jasmine
    3.beck
    4.jiwasintetik
    5. mummoze
    6. Takky
    7. Jarri
    8. ikmal ibrahim

  19. Gravatar Icon 19 suerie

    1.omarbahrin
    2.jasmine
    3.beck
    4.jiwasintetik
    5. mummoze
    6. Takky
    7. Jarri
    8. ikmal ibrahim
    9. suerie

    p/s.. sila decide tarikh skalik.. thx

  20. Gravatar Icon 20 suerie

    again.. menyampuk lg.. kalo bwat the next weekend taleh? coz ramai lom balek dr kg time neh xcept org2 yg da bekeje.. hehe

  21. Gravatar Icon 21 admin

    bawak orang luar bole ke. seperti pendatang asing PATI. datang nak makan je.

  22. Gravatar Icon 22 nizam.nuri

    wait a minute….

    umah min dekat dengan komuter??

    wohhhh.

  23. Gravatar Icon 23 jasmine

    mana nye dekat. kau la kena angkut mereka dgn kereta baru ngko hahaha. sesapa nak bwk pasangan pon buleh je. tarak hal.

  24. Gravatar Icon 24 beckzaidan

    ahaha, usual suspect je. yg lain semua nak simpan muka, atau taknak join, atau tak balik lagi cuti. so camno? aku dtg next week je, week satu lagi takleh, dah sibuk masuk kerja. duit pun takde dah time tu… so decide la. nak terus atau nak cancel. kalau ikut aku, mkn biasa biasa pun takpe. otai otai persetankan mcm biasa la. tak kisah punya lepak mana pun, sure happening gak…

  25. Gravatar Icon 25 suerie

    yezzaaa… kalo cmtu on aja, plz decide tarikh bila k

  26. Gravatar Icon 26 hellmy

    ya ya..aku mau turut serta kalu takda apa apa huahuahua

  27. Gravatar Icon 27 Ikmal Ibrahim

    aku sangat setuju dengan apa2 jua yang bakal dibuat, dan aku tidak ada apa2 rancangan bercuti sehingga 22 oktober ini…sila hubungi aku kalau ada apa2 rancangan berjumpa dan beramah mesra…really looking forward to have another nice and pleasant meet up…

  28. Gravatar Icon 28 jarri

    min, buleh bawak pasangan? oh, pasangan luar tabi’i buleh?

  29. Gravatar Icon 29 jasmine

    bawak la jarri.. kalau ko nak rasa kena kitai ngan aku. haha. segala decision pasal tarikh aku akan sms kot. sebab maybe ramai tak online nnti masa raya. aku akan cuba spread kepada seramai buleh.

    tinggalkan number phone ye. kalau malu, send kat ym aku. ym id - DOWNRAGE

  30. Gravatar Icon 30 chot

    aku rasa mcm bole joint korang pd hari tu..tgk lah nanti..

  31. Gravatar Icon 31 Mummooze

    Ait,bila lak aku kata nk pi ni? Tak tanya apa pun.hurm.tapi insyaallah aku dtg kalo tader aral.err aku nak pakai bell bottom,kemeja kolar besar.sideburn kapak yg tajam dan juga extra besar shades.bley? baju melayu paneyh kang.takpun tebako lobang² kena dek api.huhu.

  32. Gravatar Icon 32 Ikmal Ibrahim

    ape yang bakal berlaku?? kita nantikan sahaja…

Leave a Reply