
Salam Ramadhan,
Tema 24 kini muncul dengan tema “PERSPEKTIF”. Perspektif bermaksud dari kontek pandangan visual ,ialah bagaimana sesuatu objek itu dilihat atau muncul di pandangan berdasarkan dimensi, kedudukan dan ruang luas kedudukan pandangan mata ke objek tersebut. Yang kita mahu, adalah dari sudut yang lain dari lain. Mungkin pandangan dari mata semut kecil, atau burung helang yang tinggi. Jadi gunakanlah mata dan akal untuk melahirkan idea fotografi yang lain dari yang lain.
- Maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor.
- Pastikan perkataan “PERSPEKTIF” ada di dalam fhoto.
- Pastikan ada “caption†yang menerangkan maksud fhoto anda itu.
- Pastikan gambar anda menepati tema “PERSPEKTIF”.
- Fhoto adalah berwarna atau hitam putih (black & white).
- Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri tiada plagiarism.
- Sila Sertakan “Tajuk Submisi†anda yang bersesuaian dengan fhoto.
- Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster.
- Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
- Tidak dibenarkan menambah “Border†di tepi fhoto anda.
- Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
- Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
- Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com

yo…korg tamo komen ke…aku merasakan tema kali ni antara yang mencabar…huhu tp aku rasa tema kali ini juga akan menghasilkan fhoto2 yg menarik…
Huhu, mencabar giler. sape ler yg bagi idea utk tema nie nih???
mampu ker ni.. wuwuw
adeh.susah siol
Menarik nih