Buat tanah airku yang merdeka,
Aku yang belum pernah merasai,
Keperihan dan kegigihan orang tuaku;
Dalam membina kemerdekaan ini.
Lahirku untuk mengisi kemerdekaan ini,
Mewarisi darah bangsaku,
Menyambung kisah perjuangan yang belum selesai;
Menanggung beban amanah negaraku.
Tanpa merasai penjajahan lalu,
Mampukah aku memahami erti kemerdekaan itu;
Tanpa berani berdiri diatas kaki sediri,
Mampukah aku merawat tempangku;
Tanpa pengalaman sebenar,
Mampukah aku menceritakan pedoman;
Tanpa terpahat parut luka,
Mampukah aku merasai sakitnya perjuangan;
Aku merantau jauh untuk memahami erti kemerdekaan,
Berjalan tanpa perisai kekebalanku,
Menghumban diriku ke masa pemerintah lalu;
Maka tercalarlah, luka diriku.
Semangat pejuang bangkit dari kejerihan ini,
Mencari ilmu mengubat luka,
Mengukir tongkat menampung tempang;
Melakar peta mencari arah.
Aku baru melangkah,
Ramuannya masih belum sedia,
Jalan pulang masih jauh lagi;
Berkat doa akan kembali.
Dari jauh kulaungkan MERDEKA! ,
Gempita laungannya berdentum dihati
Persetankan di FACEBOOK.
Aku baru wujudkan group PERSETANKAN.com di Facebook. Jadi tolong add kalau berminat kerana senang nak kumpulkan kawan kawan dari situ. Mari...
PERSETANKAN@FACEBOOK
------------------------------
Komen & Kritik.
Kawan-kawan sila komen & kritik fhoto-fhoto yang telah dipost. Ini adalah tujuan pembelajaran bersama-sama. Kritik secara berhemah, fikirkan ayat yang sesuai jangan sehingga mencetuskan sesuatu yang tidak menarik. Terima kasih semua.
------------------------------
Persetankan di Myspace.
Aku baru wujudkan akaun myspace PERSETANKAN.com. Jadi tolong add kalau berminat kerana senang nak kumpulkan kawan kawan dari situ. Mari...
PERSETANKAN@MYSPACE
MENCARI RASA MERDEKA- Fadzlan Rizan Johani
Buat tanah airku yang merdeka,
Aku yang belum pernah merasai,
Keperihan dan kegigihan orang tuaku;
Dalam membina kemerdekaan ini.
Lahirku untuk mengisi kemerdekaan ini,
Mewarisi darah bangsaku,
Menyambung kisah perjuangan yang belum selesai;
Menanggung beban amanah negaraku.
Tanpa merasai penjajahan lalu,
Mampukah aku memahami erti kemerdekaan itu;
Tanpa berani berdiri diatas kaki sediri,
Mampukah aku merawat tempangku;
Tanpa pengalaman sebenar,
Mampukah aku menceritakan pedoman;
Tanpa terpahat parut luka,
Mampukah aku merasai sakitnya perjuangan;
Aku merantau jauh untuk memahami erti kemerdekaan,
Berjalan tanpa perisai kekebalanku,
Menghumban diriku ke masa pemerintah lalu;
Maka tercalarlah, luka diriku.
Semangat pejuang bangkit dari kejerihan ini,
Mencari ilmu mengubat luka,
Mengukir tongkat menampung tempang;
Melakar peta mencari arah.
Aku baru melangkah,
Ramuannya masih belum sedia,
Jalan pulang masih jauh lagi;
Berkat doa akan kembali.
Dari jauh kulaungkan MERDEKA! ,
Gempita laungannya berdentum dihati
abstrak dari: http://jalakmas.blogspot.com/