setelah hampir berlalunya thema URBANISASI ini, kedengaran beberapa aduan halus telah sampai ke telinga aku. ramai yang tidak berpuas hati tentang kualiti submisi kali ini. katanya, ramai yang tidak faham erti sebenar URBANISASI, erti esebenar thema dan ramai juga yang tidak puas hati submisi yang dihantar seperti tidak diusahakan dengan baik, hanya kerja lepas tangan.
bagi aku, rasa nya ramai yang tidak faham apa itu URBANISASI atau thema thema sebelumnya. sepatutnya, dalam abad teknologi ini, kita patut buat sedikit kajian atau research latarbelakang setiap thema. pikirkan dgn lebih mendalam subjeck tersebut. buat carian di google untuk FOTO URBANISASI atau dalam bahasa inggerisnya URBANIZATION PHOTO. pasti akan dijumpai photo yang menarik yang boleh dijadikan panduan (bukan plagiat) tetapi salah satu sumber inspirasi.
kebalakangan ni, byk yang menghantar karya karya hentam keromoh asal ada lepas. taknak la mcm ni sahabat sekalian, usaha sedikit. kreatif sikit. jgn kluar kamera snap, letak caption, submit. berikan fikiran dan kritik idea sendiri sebelum execute. kita mahu hasil submisi yang berkualiti dari berkuantiti. biar hantar sekeping gambar, tapi hasilnya mendatangkan kesan seperti 40 keping gambar.
sepatutnya, kita patut jadi pengkritik kita yg paling kuat. sebelum hantar, kita patut pikir dulu, adakah penerimaan org lain sama dgn kita. kita patut hantar submissi yang orang lain boleh relate, sekali tgk faham dan boleh difikirkan. itu maknanya photography. kalau letak tersirat, atau tidak jelas, baik kita baca puisi, sajak mahupun karya sastera lain…
nanti sure ada org ckp, seni itu pelbagai, tapi ini photography. semua photography ada subjek, ada objek dan ada maksud.
so harap lepas ni, semua mestilah berfikir dan berkarya mengikut idea yang diperah kuat, dari menghantar karya sambil lewa seperti melepas batuk di tangga. ini semua untuk menjamin tarikan orang lain kepada situs ini.
bagi tuan tuan punya photo, jika terdapat kritikan pada photo anda, sila balas dan berbincang, jgn seperti tidak puas hati kerana dikomen. jika tidak tahan komen, jgn hantar. kita nak memajukan diri, bukan untuk menjahanamkan diri korang semua. satu lagi, jika niat untuk letak gambar di sini adalah untuk promote diri dan bakat sendiri tanpa membantu kontributor lain dalam mencapai matlamat yang sama, aku rasa sila ubah pendirian.
kita patut maju bersama. bukan hanya menghantar gambar, kemudian tinggal dan mengharap gambar kita dikomen. sila buka perbincangan di setiap kawasan komen untuk mendapat lebih info, belajar dan dengar pendapat orang lain.
semua teguran ini adalah untuk memajukan situs dan juga diri anda.
sekian…

mm kualit sejak kebelakangn ni aku tgk pon maken truk…ada yg gamba cam tangkap muat jek…wat2 cukup syarat jek…ade yg caption pon org wat main2…padahal mende tu penting..mewakili gamba..so tolongla sila amik berat smua2 nih..saiz..huh..resize ikut aa ukuran yang sedia ada..pls..
bagus teguran nehhh…at least dapat mennyedarkan kita sumer….:)
kena tegur selalu. sbb diaorang ni selalu leka…
teguran di terima….
saya kekanak baru belajar,
kalu salah tolong tunjukkan..
dan saya rasa, pihak admim patut wat sesuatu yang dinamakan “rejection” pada submisi dan kalu kita mau kualiti, “rejection” itu adalah perlu.
=)
rejection sudah dilaksanakan..tetapi sedikit kelonggaran diberi …sbb kita adalah manusia.. kita berfikir dgn logik otak..dicampur perasaan dtg dr hati…maka itulah keputusan dibuat…
tp kadang2..makin menjadi2 lak..huhu
teguran begini mmg berguna pada kami budak yg baru bljar ni…kami akan pastikan stiap fhoto selpas ini mengikut standard dan piawan yg pihak tuan maksudkan itu…tq
boleh kami reject. tapi tatkala direjeck gambar berkenaan, tuan punya gambar byk yg tak puas hati. susah nak puaskan hati semua.
jadi lepas ini, gamabr yg memuaskan hati aku sahaja akan dipost. ahaha, yg lain, aku reject. no special case.
“caption main2″ screw you, it’s ma thing, if u dont like it, dont publish it. it’s up to me to put wutever i like. screw you!
aku rasa, kalau org tak suka, korang leh pergi tmpt lain maybe. kami pun tak paksa korang ada kat sini. esspecially yg tak puas hati kena tegur tu… aku boleh je banned IP tu, tapi aku rasa mcm malas lak.
senang citer la kan, kerja kerja tak ikhlas tak sungguh gungguh, amik simpan je. kalau ikhlas, buat elok elok. tak hormat regulasi, maknanya tak hormat orang orang lain punya kontribusi yang bersungguh sungguh buat. itu je…
org org kita camni ah. takleh kena jentik.
kalau nak kata caption main2, aku tgk byk lagi caption merapu. “urbanisasi kuala lumpur”? urbanisasi lampu lampu” urbanisasi ke mana hala tuju? wtf? korang menilai fhoto atau caption? apa kata korang post je fhoto tu dulu dan bagi sume comments. baru adil.kalau sumer setuju tu sangat sakai, reject kemudian. dont just say “ini main2, ni tak serious”. maskulin habis.
ahaha, semua la semua. bukan ko je azfar, aku tak tau plak ko terasa. bukan ke ko dah ubah ko nye caption tu? tak post lagi sbb database tak ok lagi… ahaha. emosional btul…
bila kami post, ckp tak kena, org ckp, kenapa post? reject je awal awal. pulak. mana satu nak ikut?
so mana satu, post kasik org tegur, atau reject awal awal. sbb ada dua pendapat kat sini…
aku rasa camni la. lepas ni takyah caption. kita tgk camne korang nak bercakap dan nak kasik penyampaian tak payah caption. amacam? lepas ni, kta tgk gambar merapu berulang ulang plak… huhu~
satu lagi, dari kita post gambar, kena aib org kutuk atau tegur, baik kita jgn post.
lagipun, kat sini, byk yg nak kejar puji. kalau kena kutuk sikit, kena tegur sikit, takleh dowh…
sini semuanya nak dgr puji pujian. woh gambar ko cantik la, tepat la, aestetik la, kena la, ngam la, dewa la, apa la lagi.
kalau kena tegur, mula ah… balik balik, admin gak jahat.
penyelesaian dia mudah je. lepas ni, kita post semua gambar. semua. sapa hantar, kita post je. tapi lepas tu, tahan telinga ah, aku akan jadi lantang gile ah. apa yg tak kena, aku ckp, kasar tak kasar, korang kena terima ah. amacam? sedikit kelonggaran perlu ada sedikit kelebihan lain untuk aku dan org org lain tegur. kan?
amacam?
p/s:- ini untuk semua la, bukan utk azfar sorang je. untuk semua. azfar dia terima gak aku nye explaination.
mula-mula aku nak mintak maap sebab dah lama sangat menyelam tak timbul-timbul. biasa la orang tak habis blaja lagi. kalu cakap takde masa nak online tipu la kan. aku memang la ada bukak email persetankan untuk publishkan gambar yang disubmit tapi akhirnya aku tak jadi publish sebab aku tak sure gambar yang ada tu ikut syarat ke tak. so itu la sebabnya aku macam tak buat kerja (hahaha, aku tak buat kerja).
kesimpulannya, ikut la nasihat beck tu, bolehlah aku publishkan gambar yang korang submit tu nanti.
hahaha. gila kau.
admin kan ramai..kenaper beck sorang jer kena buat keja aprrove meng approve?kan aritu saudara beck kater nak duk ilek komen gamba orang lain lak..patut admin baru kena la komited sikit.. bukan presiden beck jer
Yeah, sokong rural…
penjelasancamni baru fair kat sume. takkan nak tunggu bro otai cakap baru sume agree. tq kat sume, bukan nak create kontroversi tp saje tegur2. tak ramai yg bole fikir caption power2, tu je. sori again.peace
“admin kan ramai..kenaper beck sorang jer kena buat keja aprrove meng approve?kan aritu saudara beck kater nak duk ilek komen gamba orang lain lak..patut admin baru kena la komited sikit.. bukan presiden beck jer”
opss…maaf kalo selama ni tak jalankan tugas ngan elok…but aku just org baru dlm ni…kalo ada silap sila la tegur..sorry..peace beb..
hurm…aku nak mintak mahap banyak-banyak, kondisiku same macam jarri, bukan aku malas nak buat keje…tapi kalau aku nak post, aku takut tak menepati citarasa admin dan aku hanyalah author…bukan nak lepas tangan tapi teragak-agak, bukan tak tahu halal haram tapi was-was…kata orang, kalau was-was, jangan buat/makan/guna/pakai…aku hanya berterus terang dan tak mampu memutarbelit alam yang sudah sememangnya berputar dan berbelit…
yang berterusterang,
Ikmal Ibrahim
Author DFJJ
betul…betul
oh. ikmal sungguh berterus terang.
yup dia sungguh berterus-terang. yang terang lagikan bersuluh.