setelah hampir berlalunya thema URBANISASI ini, kedengaran beberapa aduan halus telah sampai ke telinga aku. ramai yang tidak berpuas hati tentang kualiti submisi kali ini. katanya, ramai yang tidak faham erti sebenar URBANISASI, erti esebenar thema dan ramai juga yang tidak puas hati submisi yang dihantar seperti tidak diusahakan dengan baik, hanya kerja lepas tangan.
bagi aku, rasa nya ramai yang tidak faham apa itu URBANISASI atau thema thema sebelumnya. sepatutnya, dalam abad teknologi ini, kita patut buat sedikit kajian atau research latarbelakang setiap thema. pikirkan dgn lebih mendalam subjeck tersebut. buat carian di google untuk FOTO URBANISASI atau dalam bahasa inggerisnya URBANIZATION PHOTO. pasti akan dijumpai photo yang menarik yang boleh dijadikan panduan (bukan plagiat) tetapi salah satu sumber inspirasi.
kebalakangan ni, byk yang menghantar karya karya hentam keromoh asal ada lepas. taknak la mcm ni sahabat sekalian, usaha sedikit. kreatif sikit. jgn kluar kamera snap, letak caption, submit. berikan fikiran dan kritik idea sendiri sebelum execute. kita mahu hasil submisi yang berkualiti dari berkuantiti. biar hantar sekeping gambar, tapi hasilnya mendatangkan kesan seperti 40 keping gambar.
sepatutnya, kita patut jadi pengkritik kita yg paling kuat. sebelum hantar, kita patut pikir dulu, adakah penerimaan org lain sama dgn kita. kita patut hantar submissi yang orang lain boleh relate, sekali tgk faham dan boleh difikirkan. itu maknanya photography. kalau letak tersirat, atau tidak jelas, baik kita baca puisi, sajak mahupun karya sastera lain…
nanti sure ada org ckp, seni itu pelbagai, tapi ini photography. semua photography ada subjek, ada objek dan ada maksud.
so harap lepas ni, semua mestilah berfikir dan berkarya mengikut idea yang diperah kuat, dari menghantar karya sambil lewa seperti melepas batuk di tangga. ini semua untuk menjamin tarikan orang lain kepada situs ini.
bagi tuan tuan punya photo, jika terdapat kritikan pada photo anda, sila balas dan berbincang, jgn seperti tidak puas hati kerana dikomen. jika tidak tahan komen, jgn hantar. kita nak memajukan diri, bukan untuk menjahanamkan diri korang semua. satu lagi, jika niat untuk letak gambar di sini adalah untuk promote diri dan bakat sendiri tanpa membantu kontributor lain dalam mencapai matlamat yang sama, aku rasa sila ubah pendirian.
kita patut maju bersama. bukan hanya menghantar gambar, kemudian tinggal dan mengharap gambar kita dikomen. sila buka perbincangan di setiap kawasan komen untuk mendapat lebih info, belajar dan dengar pendapat orang lain.
semua teguran ini adalah untuk memajukan situs dan juga diri anda.
sekian…




































































