Undi Sekarang, Untuk Thema Bulan Julai!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera…

sahabat sahabat DFJJ@PERSETANKAN sekalian. menjelang bulan Julai 07, administratif team baru akan mula bertugas dan diharap akan berjalan dengan lancar. jadi untuk memulakan langkah kanan untuk team baru ini, kami ingin memperkenalkan satu konsep baru untuk situs ini. ini akan melibatkan sahabat sahabat semua dalam menentukan thema setiap bulan untuk DFJJ@PERSETANKAN.

Thema dalam senarai adalah…

1. CAHAYA

- menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.

2. URBANISASI

- penekanan kepada pembangunan kota dan metro, dari segi kemanusian, fizikal struktur dan kesan-kesan urbanisasi. penekanan boleh diberikan kepada unsur abstract dalam binaan, perjalanan kehidupan warga kota, dan juga landskap. terpulang kepada kreativiti masing masing…

3. SENYUM

- thema paling mudah, potret form, manusia, dengan senyum senyum yang menarik hingga membuatkan pemerhati fhoto juga tersenyum. penekanan di sini perlu diberikan kepada fhoto fhoto yang subjeknya adalah tidak dikenali (bukan tidak menerima fhoto awek atau boyfren senyum, tetapi tidak digalakkan), orang asing, yang tidak dikenali, senyum secara kandid. perluaskan skop…

4. HAWA

- thema yang kemungkinan akan mendatangkan kontroversi dan kontribusi yang paling banyak. mahu melihat hawa dari pandangan sahabat sahabat semua, dari peranan kehidupan, kepada modal insan, kepada hawa hawa yang membawa cahaya kepada hidup kita (sekali lagi gambar gf tidak digalakkan).

5. FLORA & FAUNA


- salah satu subjek mudah yang kita masih belum ambil kisah, sedangkan kepentingan nya adalah penting kepada dunia ini. hantarkan kontribusi yang berupa menarik dan lain daripada yang lain, daripada shot makro bunga, kepada potrait fauna yang mudah dilihat. (tidak digalakkan memburu di afrika untuk mengambil gambar).

ini adalah thema thema yang boleh anda vote utk thema bulan July. lakukan pengundian anda di POLL yang akan dibangunkan nanti di sidebar situs ini. (ketika ini, admin sedang bertungkus lumus menyiapkan poll). undi dengan bijak. pilihan terbanyak akan dijadikan thema bulan Julai, manakala 2 yang tertinggi selepasnya akan dimasukkan dlm poll undian untuk thema bulan September.

esok saja…
OTAI…

33 Responses to “Undi Sekarang, Untuk Thema Bulan Julai!!!”


  1. Gravatar Icon 1 skyjuice

    i vote untuk senyum :D

  2. Gravatar Icon 2 Beck

    vote kat poll ah…

  3. Gravatar Icon 3 bali

    aku suka cahaya, sebab macam-macam boleh capture. sebabnya aku dah ada foto untuk itu hehe.

  4. Gravatar Icon 4 Beck

    aku juga suka urbanisasi, senyum, hawa, flora dan fauna… aahha. sebab aku ada gamabr gamabr tersebut, dah ready dah ni… aaha, cahaya je takde…

    ahahahha :D

    peace,
    OTAI…

  5. Gravatar Icon 5 suerie

    nak vote lelebih bole? huhuhu..
    cahaya hawa cam menarek..

  6. Gravatar Icon 6 kucing biru

    wah….bagus sungguh perubahan ini…poll ek…menarik…aku tatau nk vote ape sbb aku rasa aku xde gamba2 tuh….heheh…nnti aa aku decide…:D

  7. Gravatar Icon 7 izzat

    kawan2, jangan lah poll sebab korang dah ada gambar tu. kalau boleh kita nak fresh entries, bukan gambar stok terkumpul dulu2 punya. vote yang mana korang rasa menarik. okeh?

  8. Gravatar Icon 8 monster kekhai

    ahh!!…wahhh…kene vote ekk…ala..ala…semua cam best je…keh keh..aku nak urbanisasi aa…sempoi je bunyinyee…cam best ekk..

    huhu…

    monster kekhai

  9. Gravatar Icon 9 Ikmal Ibrahim

    i would love to vote for CAHAYA

  10. Gravatar Icon 10 ayaqmasak

    Kalo hawa camne le ghopenye aku nak menangkap ni wei..uhuhu. Penin teman.

  11. Gravatar Icon 11 monster kekhai

    waa..ntah lee…ape2 pun aku nak masak lomak pucuk paku…opss…kesitu plak…huhu…vote urbanisasi..hehe

  12. Gravatar Icon 12 beckzaidan

    ada tu bukan makna ada dlm stock pun, dah ada dlm kepala otak nak shoot apa. ahhaa. biasa la, tipikal…

  13. Gravatar Icon 13 kucing biru

    beck…..flora da ade lam flickr ko…:D

  14. Gravatar Icon 14 sankai

    guna la plugin utk poll tu since this is wotpres based kan….

    nak pilih 2 bleh tak…urbanisasi or senyum will be fine for tis motnth…eheehehehe….

  15. Gravatar Icon 15 beckzaidan

    ala, boleh amik lain ah. tak kisah nye. nak banned semua gambar kat flickr aku pun tak kisah. amik lain. huhu~

    p/s:- aku kan otai amik gambar bunga, potrait dan abstract urban… ahahhaa… sila sila vote…

  16. Gravatar Icon 16 bali

    dan juga gambar unta kangkang

  17. Gravatar Icon 17 Beck

    mmg kena pilih dua pun. come on. vote vote!

  18. Gravatar Icon 18 beckzaidan

    unta kangkang yg ko nye mana bali. ko amik simetri kan, dan time dia angkat ekor kan?

  19. Gravatar Icon 19 ayaqmasak

    Wah unta kangkang. Cam menarik lak tibe2.

  20. Gravatar Icon 20 bali

    malu aku nak letak unta tu. sungguh memalukan.

  21. Gravatar Icon 21 suerie

    eleh.. letak unta tu kt ms tak plak malew.. lol
    btw vote for CAHAYA HAWA.. huahuahuahua
    ayuh ayuh..

  22. Gravatar Icon 22 chot

    aku vote senyum la…

  23. Gravatar Icon 23 hellmy

    saya pangkah cahaya….
    tema yang mencabar!

  24. Gravatar Icon 24 Beck

    sbnrnya korang leh pangkah dua benda sekali. sap ayg pangkah satu je tu, kira rugi ah…

  25. Gravatar Icon 25 monster kekhai

    wahh!!..meriah…huhuh….mari kita undi…haha…ape lagi…pangkah2…huhu…

  26. Gravatar Icon 26 ayaqmasak

    suerie - ms tu apa aa??

    Vote for cahaya!! AFUNDI CAHAYA!

  27. Gravatar Icon 27 nashrex

    aku ske smua tajuk diatas.. :p

    ble nak setat nyer?

  28. Gravatar Icon 28 edt83

    poll close..:D…winner 1.Cahaya 2.Urbanisasi…theme will start after of b4 flyers…this monday can !!!

  29. Gravatar Icon 29 sisterofheaven

    uhhh~

    udah memilih ke blom nie?
    sampai bile bru vote tue diterima?
    me wanna send my entry gak..
    ahhahaha~

    erm, ade care lain x nk tau?
    got myspace ke?
    deviantart ke?
    heee :D

    ku xslalu online..
    tp klu on9, 2 webby nie aje yg wajib2 pegi..
    hee XD

    sisterofheaven.deviantart.com
    http://www.myspace.com/angels_realm

  30. Gravatar Icon 30 mrtakky

    HAWA cam besh
    bleh letak pic BALI berkemban
    bulehkah?

  31. Gravatar Icon 31 suerie

    ayaqmasak:
    ms itu adalah singkatan utk website yg dimiliki oleh TOM.. yakni myspace.. peace ya a’auw! huhu..

  1. 1 Amanz.NET turns 2 Amanz Network - Malay Blog .: Cari Duit :.
  2. 2 Tema Baru & T-shirt at Persetankan : Situs Digital Fhoto Jeritan Jiwa

Leave a Reply