HappyPeople Media Network | InfoMalaya | Selebrific | Blogtitude | Mohd Ismail (dot) Com | PC Malaya

Tentang DFJJ


Berlandaskan satu tema khusus setiap bulan atau sesi, kini situs ini juga telah menjadi satu medan persahabatan yang utuh. Kata kunci di sini adalah kolaborasi, tiada nilai-nilai komersial atau sebarang aktiviti mencari keuntungan di sini, hanya pengumpulan manusia dan hasil kerja mereka yang ikhlas atas dasar minat dan setiakawan.. Baca lagi.

Tema Bulan Ini


EDISI 30 - WAJAH
Wajah ialah sesuatu yang tidak asing bagi setiap manusia. Wajah merupakan aset penting bagi setiap individu kerana kita mengenali seseorang itu secara umumnya daripada wajah. Wajah melambangkan emosi seseorang, yang dihadirkan oleh ekspresi wajah ... Syarat dan submisi fhoto.


Archive for June, 2007

Undi Sekarang, Untuk Thema Bulan Julai!!!

assalammualaikum dan salam sejahtera…

sahabat sahabat DFJJ@PERSETANKAN sekalian. menjelang bulan Julai 07, administratif team baru akan mula bertugas dan diharap akan berjalan dengan lancar. jadi untuk memulakan langkah kanan untuk team baru ini, kami ingin memperkenalkan satu konsep baru untuk situs ini. ini akan melibatkan sahabat sahabat semua dalam menentukan thema setiap bulan untuk DFJJ@PERSETANKAN.

Thema dalam senarai adalah…

1. CAHAYA

- menekankan cahaya sebagai subjek dalam fhoto. penekanan boleh diberikan kepada keadaan cahaya dalam malam, siang, lighttrail, percikan bunga api, pemandangan atau potrait yang mengutamakan cahaya sebagai pemberi kesan utama kepada fhoto.

2. URBANISASI

- penekanan kepada pembangunan kota dan metro, dari segi kemanusian, fizikal struktur dan kesan-kesan urbanisasi. penekanan boleh diberikan kepada unsur abstract dalam binaan, perjalanan kehidupan warga kota, dan juga landskap. terpulang kepada kreativiti masing masing…

3. SENYUM

- thema paling mudah, potret form, manusia, dengan senyum senyum yang menarik hingga membuatkan pemerhati fhoto juga tersenyum. penekanan di sini perlu diberikan kepada fhoto fhoto yang subjeknya adalah tidak dikenali (bukan tidak menerima fhoto awek atau boyfren senyum, tetapi tidak digalakkan), orang asing, yang tidak dikenali, senyum secara kandid. perluaskan skop…

4. HAWA

- thema yang kemungkinan akan mendatangkan kontroversi dan kontribusi yang paling banyak. mahu melihat hawa dari pandangan sahabat sahabat semua, dari peranan kehidupan, kepada modal insan, kepada hawa hawa yang membawa cahaya kepada hidup kita (sekali lagi gambar gf tidak digalakkan).

5. FLORA & FAUNA


- salah satu subjek mudah yang kita masih belum ambil kisah, sedangkan kepentingan nya adalah penting kepada dunia ini. hantarkan kontribusi yang berupa menarik dan lain daripada yang lain, daripada shot makro bunga, kepada potrait fauna yang mudah dilihat. (tidak digalakkan memburu di afrika untuk mengambil gambar).

ini adalah thema thema yang boleh anda vote utk thema bulan July. lakukan pengundian anda di POLL yang akan dibangunkan nanti di sidebar situs ini. (ketika ini, admin sedang bertungkus lumus menyiapkan poll). undi dengan bijak. pilihan terbanyak akan dijadikan thema bulan Julai, manakala 2 yang tertinggi selepasnya akan dimasukkan dlm poll undian untuk thema bulan September.

esok saja…
OTAI…

SAHUT CABARAN DFJJ@PERSETANKAN!

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera…

Memandangkan DFJJ@PERSETANKAN.COM tergendala untuk beberapa minggu, beberapa isu isu lama telah bangkit menyentuh keberkesanan pihak administrator yang dikepalai oleh aku dalam mengendalikan semua urusan berkenaan situs ini.

Daripada hal hal berkaitan posting kontribusi, terima dan tolak kontribusi, pengeluaran thema baru, sikap-sikap laidback admin dan lain lain lagi, pendek kata yang buruk di mata sesetengah pihak. Semua serba tak kena, semua ada cacat cela, yang mana kami malah aku tidak boleh puaskan hati semua orang walau aku mempunyai kuasa superhero seperti Spiderman dan Bali secantik Jessica Alba sekalipun, masih tak pernah betul. Nak gelak ketawa kat shoutbox pun tak boleh.

Jadi dengan ini, aku selaku kepala kepada pihak administrator ini, ingin mengambil kesempatan untuk berundur secara tidak langsung dari situs ini, untuk mengambil fasa rehat dan menguruskan hal hal peribadi. Bali juga bersetuju dalam hal ini, jadi aku dan Bali akan berehat untuk 3-4 bulan.

Memandangkan sayangnnya kami pada situs ini, dan juga mengambil kira beberapa pihak yang amat bersemangat tentang situs ini, jadi kami ingin melantik beberapa muka muka admin dan penyelaras baru untuk menguruskan hal hal perjalanan situs ini dari semua segi. Ini adalah untuk memberi nafas baru kepada DFJJ@PERSETANKAN.COM dan memberikan peluang kepada mereka mereka yang berfikiran lantang dan mempunyai perasaan dan pengetahuan bahawa mereka boleh lakukan yang lebih baik dari kami sekarang, malahan terbaik untuk situs ini.

Jadi, kepada mereka mereka yang mempunyai minat dan semangat untuk melakukan tugas tugas ini, dan membuktikan kepada kami bahawa kamu lebih baik dari kami dalam menguruskan DFJJ@PERSETANKAN.COM, silalah mencadangkan diri kamu di bahagian komen dengan butir nama, dan alamat email. kami akan menghidupkan akses akaun anda ke dashboard situs ini untuk anda teruskan tugas seterusnya. Kami tidak akan memberikan sebarang latihan kepada anda yang berminat, anda kena belajar dari ZERO seperti kami waktu mula mula dulu, barulah nampak dedikasi anda kepada situs.

Anda bolehlah membuat perubahan sekerap mungkin, memantau dan melancarkan situs ini semahu dan seikut kebolehan anda. Mahu mengangkat situs DFJJ@PERSETANKAN.COM ke peringkat GLOBAL? Silakan, kami menerimanya dengan tangan terbuka. Itu satu perubahan yang baik. Kenapa mahu ditolak.

Jadi marilah sahut cabaran DFJJ@PERSETANKAN.COM ini, mana tahu, kalau urusan berjalan dengan lancar dan situs menjadi semakin hebat, aku secara peribadi akan menyerahkan situs ini kepada kumpulan administrator baru, bersama dengan admin lama seperti Bali, Mummooze, dan Edt83.

Mari, sahutlah cabaran.
Sertakan nama login anda, dan email utama anda untuk dihubungi.

DFJJ@PERSETANKAN.COM KE ARAH GLOBALISASI

beckzaidan

p/s: memandangkan kami dah jadi org biasa, kami pulak akan memerhatikan kerja korang dan mengkritik segala yang tak kena. aku suka mengkritik kritik ni. so dengan ini, kita saling belajar antara satu sama lain. amacam? mari la!

Babak : Sisterhood of Travelling Pants

sistahud1.jpg

Babak Sisterhood by AM

[ratings]

Babak : Mukhsin

mukhsinbmp.jpg

Babak Mukhsin by syed azhar

[ratings]

Babak by Monster Kekhai

pop.jpg

babak by Monster Kekhai

[RATINGS]

Babak Ketinggalan Fad

dsc07203.jpg

Babak ketinggalan FAD *langit lagi…

[RATINGS]

Babak : Penarik Beca

lauts.jpg

Babak Penarik Beca By Bagaikan pu3

[ratings]

Babak Soal Hati

soal-ati.jpg

Babak Soal Hati by Bagaikan Pu3 - My last posting>>edt83 -

[ratings]

Babak Casablanca

casablanca_ecot.jpg

Casablanca by Ecot

[ratings]

Babak : Hitch

newest.jpg

Babak Hitch by Aishah Zack

[ratings]

Babak Ungu Violet

unguviolet.jpg

Babak Ungu Violet by Robbie Buff

[ratings]

Babak : Beach

the-beach.png

Babak Beach By Mr Jan

[ratings]

BabaK : Salon

babaksalon.JPG

Babak Salon Oleh Az Jon

[ratings]

Babak : Ali Setan

cakap.JPG

Babak : Ali Setan by AM

[ratings]