Edisi kali ini menampilkan tema BABAK. Di dalam setiap fhoto anda sila sertakan satu petikan dialog pendek dari filem² atau drama² pilihan anda. Pastikan dialog tersebut berkait rapat dengan fhoto anda. Fhoto adalah bebas tetapi pastikan ianya berkualiti dan mempunyai nilai² estetika, sentimental mahupun komersial. Seperti biasa, perhati, renung dan amati keadaan di sekeliling anda. Kehidupan seharian yang anda lalui tidak ubah seperti babak² di dalam filem/drama yang pernah anda tonton. Secara tak langsung, anda adalah pelakon ataupun pengarah kepada babak² itu.
Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Gunakan sepenuh kekuatan untuk menolak tempurung lalu keluar dan melompat² kegembiraan kemudian berenang dengan bebas dan jayanya.
Syarat-syarat submisi
- maksimum 6 fhoto bagi setiap kontributor
- ekspresi petikan dialog pendek dari filem di dalam fhoto (b.melayu/english)
- pastikan perkataan ‘Babak’ ada di dalam fhoto
- sila nyatakan dari filem/drama mana dialog itu dipetik dan bukannya direka.
- fhoto adalah berwarna
- pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri
- tidak dibenarkan menambah ‘border’ di tepi fhoto anda
- jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas
- sertakan URL blog, myspace atau friendster
- size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel
- emailkan fhoto anda ke submisi@persetankan.com

wouhuu… mind-blowing-hilarious nu proverb… bravo darling …
eh dah keluar tema baru.
baru pasan…giler arh…besh…
bulihkah jika sekiranya menggunakan dialog omputih, kantonis, mandarin, tamil dan sebagainya?? atau ini hanyalah terbuka kepada dialog bahasa melayu sahaja??
huh…mencabar minda serta kreativiti…..
yeh.macam besh.babak cite biru bulihkah?ngeh ngeh
owh.
gile nih.
buleh ke aku buat nih.
tercabar sungguh.
apa kata masukkn skali “nama filem” dalam syarat penyertaan. lebih mnarik rasanya. cuma pandangan kalu salah tolong betulkn ya..
owhhh, sukarnya thema, mengalahkan tesis!!!
aku sokong. kena letak dari filem atau stori apa. taknak buat dialog sendiri. baru kental…
woo. pujian kepada pembuat poster. ngancam dude..
aku rase tema ni mencabar minda sebab aku bukanlah seorang yang terlalu menonton dan menghayati babak-babak yang terdapat dalam sesebuah filim atau drama…
waduh waduh.
sampai sikalang idea enggak mahu timbul.
kering kontang.
kelam tenggelam
aku takde idea tapi ada camera. sesapa tolong pinjamkan idea. takpon kita buat sistem barter..ngahaha :))
ok aku kasi idea. babak citer ‘basic instinct’.
kn carik idea yg best nih..
sangat sukar..hehe
saya try tangkap, anda try komen
plzz
sebab saya budak baru belajar
love to see beautiful picture, love to see good movie… you people well-combine it. thanks.
Hi bali…
lagu mana nk main natang ni… ajaq aku… nak berkarya gak… boring duk umah tengok labuuuuuuuu ja…
aku tertarik dengan markas ini