EDISI 8 - PUITIS

puitis-11.jpg

Digital Fhoto Jeritan Jiwa Edisi 8, ‘PUITIS’

Kondisinya ialah fhoto MESTI dalam bentuk SILUET (silhouette) berserta dengan PUISI yang berkaitan dengan fhoto. Anda boleh mencipta puisi sendiri atau memetik karya puisi orang lain, sila nyatakan sumber anda dan juga tajuk puisi. Suka hati anda mahu puisi SERANGKAP, 2 RANGKAP, 15 JUTA RANGKAP atau SEBARIS.

+ Saiz fhoto sama ada 400 x 300 piksel, 300 x 400 piksel, 450 x 300 piksel atau 300 x 450 piksel.
+ Sentuhan grafik TIDAK MELEBIHI 25% ke atas fhoto.
+ Phonecam dan Webcam fhoto tidak akan diterima.
+ Jumlah penyertaan fhoto terhad kepada TIGA kontribusi sahaja.
+ Tidak terhad kepada mereka yang mempunyai akaun Blogger.
+ Terbuka kepada semua, amatur mahupun pro.

Semua kontribusi e-melkan kepada persetankan.fhoto@gmail.com atau kepada moderator kesukaan anda seperti saya (uh aku perasan). Untuk sesiapa yang tidak tahu bagaimana nak shoot gambar SILUET, kat bawah ni ada penerangan mengenainya. Selamat Kontribut !

puitis-21.jpg

Teknik MenYILUET

Subjek seperti katak, kentang dan adik manis hendaklah berada di depan sumber cahaya. Keadaan yang bagus untuk bereksperimentasi dengan teknik ini ialah pada waktu petang tatkala matahari terbenam. Itu bagi mendapatkan sumber cahaya semulajadi, kalau mahu gunakan sumber cahaya artifisial seperti lampu jalan, pelita gasolin dan spotlight pun boleh. Asalkan ada sumber cahaya dari belakang subjek.

Jika menggunakan Digital SLR
Pastikan ‘aperture’ disetkan kepada ‘f8 dan ke atas’ dan juga setkan ‘EV’ kepada negatif.

Jika menggunakan Digital Camera
Jangan guna flash, pilih mod ‘Landscape’, setkan ‘EV’ kepada negatif dan shoot subjek, lihat hasil, kalau tak puas hati cuba lagi sampai berjaya.

8 Responses to “EDISI 8 - PUITIS”


  1. Gravatar Icon 1 tumpanglalu

    teruja tgk banner hg buat bali.. kalu vektorika hg kontribut, apa kata hg buat bannerika ka. hg pengasas la ;)

  2. Gravatar Icon 2 bali

    bannerika? orang kontribut banner lak yer hehe.. aku nak buat projek seterika, submit seterika kat aku

  3. Gravatar Icon 3 jasminebintighazalli

    wow. siap ada guideline. ekekeke

  4. Gravatar Icon 4 supersomething

    semakin menarik…. tahniah kepada ahli jawatan gilakuassa… hahahaha…

  5. Gravatar Icon 5 Azzu

    guideline yg terang, jelas lagik bersuluh! tahniah bali! egegeg ;)

  6. Gravatar Icon 6 bali

    ape lagi, kontribut ribut-ribut laaa

  7. Gravatar Icon 7 beck

    adik manis, mmg sah la bali ni perwakilan kemboja, takpun bangladeshi… :p

  8. Gravatar Icon 8 balui aka bali

    haha.. kambing ko

Leave a Reply