Pengumuman Penting!
Situs Persetankan.com @ DFJJ akan berhiatus seketika demi penjenamaan baru dan pemantapan isi kandungan. Dengan itu, selaku Penasihat DFJJ, mengumumkan, pemberhentian sementara thema dan submisi ke situs ini sementara menunggu penyempurnaan rupa, jenama, dan pengisian baru yang lebih baik dan mantap. Sebarang submisi selepas pengumuman ini diadakan, tidak dapat dipublish ke situs. Diharapkan semua pengunjung situs ini akan terus menyokong situs ini, dan kembali menghantar karya-karya hasil kerja apabila situs ini dibuka semula.
Tarikh pembukaan semula situs diramalkan pada April 2009. Sehubungan dengan itu, satu perjumpaan warga-warga persetankan sempena launching DFJJ @ Persetankan.com yang baru akan diadakan pada bulan April ini juga. Perjumpaan ini adalah untuk mengimarahkan lagi kenalan situs dan tidak hanya terbuka kepada rakan-rakan lama, tetapi kepada muka-muka baru juga dijemput hadir. Perkara ini akan dibincangkan dan dipastikan kelak. Jadi nantikan.
Pihak admin juga telah berbincang untuk mengadakan peraduan mereka cipta tshirt komuniti Persetankan.com yang baru. Butiran mengenai peraduan ini, akan dinyatakan kelak.
Dengan ini, diharap, persetankan.com yang baru akan lebih relevan dengan keadaan sekarang dan terus menyinar sebagai komuniti terpilih.
Sekian. Wassalam…

Selamat menyambut tahun baru 2009 dari Persetankan.com. Terlebih dahulu ampun dan maaf atas segala kesulitan yang timbul sejak kebelakangan ini. Layout baru persetankan.com masih dalam pembuatan, maaf kerana lewat menyiapkannya dan untuk memulakan tahun baru 2009 ini, kami memulakan tema baru di tahun baru ini dengan tema ” Tahun lepas…” .
“Tahun Lepas…” ini bertujuan menyingkap semula kisah-kisah, peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 2008 samada peristiwa manis ataupun pahit. Biasanya apabila tiba tahun baru, apa yang anda fikirkan adalah target tahun baru ini, azam tahun baru, apa yang hendak dicapai pada tahun baru ini, namum kali ini, persetankan.com membawa anda menyusuri liku-liku hidup di sepanjang 2008 yang telah berlalu.
Karya anda mungkin peristiwa manis, pahit, mungkin azam lepas yang telah tercapai, mungkin kegagalan yang bisa memberi 1001 pengajaran dan iktibar dan bermacam-macam lagi. Oh, jangan lupa! Selitkan caption anda untuk menerangkan lagi mesej karya anda itu. Terima kasih warga Persetankan.com.
SYARAT DAN REGULASI…
1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “Tahun Lepas…”.
3. MESTI meletakkan caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “Tahun Lepas…” .
5. Fhoto adalah hitam putih (BNW).
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan Tajuk Submisi anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border” di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com
p/s - Poster kredit to Mumoozeeeesss sila add dia di fesbuk plsss :P. Lelaki urban yang taff macho lg berfikiran tinggi. Daya kreativiti juga tinggi, mau upah buat poster anda?sila hubungi beliau.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pertama-tamanya ribuan ampun dan maaf dari pihak Persetankan.com kerana kurangnya/tiada aktiviti kebelakangan ini di site ini. Perkara ini berlaku atas beberapa sebab tertentu dan antaranya adalah untuk merangka kembali struktur pentadbiran dan susunatur Persetankan.com (redesign). Disamping itu, kami berkemungkinan juga akan merekrut ahli-ahli baru yang boleh memberikan komitmen kepada Persetankan.com sambil dipantau oleh Ahli-ahli otai yang sedia ada.
Dijangka pada awal 2009, Persetankan.com akan memulakan operasi kembali seperti sedia kala.Di harap para pengunjung setia mahupun baru akan tetap menyokong kami disini. Dialu-alukan juga warga Persetankan.com memberi cadangan atau kritikan membina dengan meninggalkan komen di ruang komen dibawah. Segala idea dan cadangan anda akan kami bawa dan teliti pada mesyuarat akan datang. Sekian, terima kasih.
OB,
Orang Besar Persetankan.com

Maaf, terlalu lama menghilang tanpa tema baru. Harap semuanya sentiasa berdiri teguh bersama Persetankan.com. Kini kami kembali dengan Edisi ke 31 membawa tema “Motif“.
Motif merupakan sesuatu yang berulang-ulang, idea yang menggunakan sesuatu itu berulang-ulang dan dari segi pandangan mata ianya merupakan sesuatu yang tersusun rapi yang membawa suatu ketertiban. Samada dari segi imej, corak ataupun tema, dari suatu pandangan ianya memperlihatkan sesuatu susun atur yang menarik.
Secara ringkasnya, fhoto yang perlu anda submit adalah fhoto yang secara amnya menunjukkan wujudnya corak, susunan yang menarik dan kreatif. Sebagai contohnya poster di atas. Berfikirlah secara kreatif dan kritis serta jangan lupa untuk mematuhi segala syarat-syarat regulasi ya.
SYARAT DAN REGULASI…
1. Maksimum 5 fhoto bagi setiap kontributor.
2. Tidak memerlukan sebarang perkataan “MOTIF”.
3. Tidak memerlukan sebarang caption .
4. Pastikan gambar anda menepati tema “MOTIF†.
5. Fhoto adalah berwarna.
6. Pastikan ianya hasil fhoto asli yakni yang ditangkap sendiri dan tiada plagiarism.
7. Sila Sertakan “Tajuk Submisi†anda yang bersesuaian dengan fhoto.
8. Sila sertakan URL blog, myspace atau friendster. (ini perlu, setiap submisi kena ada, syarat ini juga kepada oldtimer sebab admin malas nak carik link korang balik. penat).
9. Size fhoto ialah 400×300, 300×400, 450×300 atau 300×450 piksel.
10. Tidak dibenarkan menambah “Border†di tepi fhoto anda.
11. Minor editing iaitu seperti color balance, level, HDR dsb dibenarkan.
12. Jika menggunakan kamerafon, pastikan ianya 2 megapiksel ke atas.
13. Emailkan fhoto anda ke persetankan.fhoto@gmail.com
Poster buruk kredit to OB
Komen Terkini
lopaque, jarri
i'm no johnny, allovepeace, i'm no johnny, presiden, OmarBahrin [...]
jojo
farha ni, ziharusan, chot, nizamadib, ayaq [...]
Richie
Nadia J., i'm no johnny, suerie, OmarBahrin, admin [...]